umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

10 January 2013

~ Dah 2013 ke? aisyehhhh~

Assalammualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

masih berpenghuni ke blog aku ni? heheeee... sendiri mau ingatlah... sendiri malas nak melembutkan jari jemari ni ada hati blog nak berpenghuni. Sorrylah, malas tu memang sifat azali aku dari dalam perut lagi. rasa rindu lak nak menaip macam2..

apa kabor agaknya kengkawan aku yang jauh nun dimata tu yek tapi dekat di dalam facebook huhuhu... facebook tak sama dengan tengok real.. betul tak.. tak dengar suara, tak boleh mengomel sama2.. argghhh bahawasanya aku amat merindui korang semua. harap lepas bersalin nanti boleh jalan2 pi putrajaya jumpa kome semua..

itu baru mukadimah aku belum nak story apa azam tahun 2013 ni

pejam celik..pejam celik dah masuk tahun baru, tak sangka masa terlalu pantas... bukan apa sebab aku dah masuk 29 tahun, rasa macam tua lah pulak.. patutlah orang suka panggil aku makcik!.. tak pelah terima jelah hakikat tijah oiiiii.. apa azam korang? mesti azam gempak2 kan... aku punya azam je tak berapa nak gempak tahun ni.. tahun ni aku berazam

~ Nak breastfeed fully baby baru nanti..kalau ikutkan tarikh bersalin aku insyaallah 26/1/2013 tapi kalau baby nak keluar awal seminggu aku lagi suka sebab kakak umairah tak sabar nak tengok adik dia...

~ Nak jadi ummi yang rajin, bukan sebelum ni malas cuma kurang rajin je...hehee yelah anak dara saya yang sulong tu dah masuk 5 tahun jarang meragam pagi mintak susu ke apa ke so nanti dah ada baby baru kena rajin2 bangun pagi buat persiapan untuk 2 orang anak...eh... kalau campur ayah dia punya persiapan jadi 3 orang lah kan... mmmm so kena cayok! cayok! bangun pagi ni.. ayah susah bangun bantai je pakai rotan.huh~

~ Nak buat bisness sendiri untuk tambah pendapatan..tapi aku nak buat bisness apa? poyos!

~ Nak kuruskan badan, itu penting heee... walau kena menyusukan baby tapi body nak slim macam anak dara dolu2 kala.

~ Nak bekerja lebih cemerlang dekat opis baru ni, yelah.. aku baru je masuk opis baru 2 bulan pastu dah nak cuti bersalin, takut tak boleh nak faham rentak dan cara kerja kat sini... mencabarlah jugak kerja kat opis baru ni.. tapi aku enjoy je..

~ Nak anak dara aku si Umairah tu lancar mengaji Al-quran... mesti seronok kalau anak pandai membaca Al-quran dengan lancarkan... 

banyak lagi azam dan impian aku yang poyo2 ni...tapi aku tak boleh nak berfikir maklumlah dah lama tak makan kismis pandai. ok lah.. nanti if aku ada masa aku post lagi story2 ye..



13 January 2012

Sudah Masuk Tahun 2012 ke?

Selamat Tahun Baru Semua... rasanya tak lambat lagi kot nak wish... huhuhu... untuk sekian lamanya baru aku nak update blog aku yg memang tak glamor langsung ni... hish... pemalas nak update blog... tahun baru ni macam2 benda terjadi kat aku...mmmm dugaan sungguh... 
tahun ni juga cik mairah aku dah ke sekolah, tapi biasalah budak manja ni selalu menangis tatakala dihantar kesekolah... hope dia oklah untuk tempoh percubaan sebulan ni... what! sebulan.... anak orang lain seminggu dua dah ok tak menangis pergi sekolah... cik mairah...cik mairah... ummipun tak tahu nak buat apa lagi...dugaan sungguh kamu ni... takpe kita kuatkan semangat walaupun cik mairah menangis juga ummi tetap hantar pergi sekolah... 

dalam pada tu ada juga suara2 yang mengutarakan suara ketidak puas hatian kenapa hantar anak aku ke taska sebab dia masih berumur 3 tahun...


what?.... ni yang aku malas nak jawap..tapi jawapan aku ialah:-

aku nak latih dia berkawan dan belajar sesuatu..aku akui aku memang kadang2 kesian tengok cik mairah tu, dia dengan diri dia je, mana ada kawan kat rumah tu, adik beradik sendiripun tak ada... so pada aku tak salahkan aku hantar dia ke taska, dia boleh berkawan dgn ramai kawan, pandai berkomunikasi, boleh berfikir di luar kotak... aku nak buat yang terbaik untuk anak aku tu...dialah satu2nya anak aku buat masa ni.. entah bila aku boleh mengandung lagi, hope seandainya ada rezeki aku nak tambah zuriat juga... itu semua dgn izin dari ALLAH SWT.. 


sebut pasal mengandung ni...mmmmm setiap masa akan ada insan yang teramat2 perihatin menanyakan bila aku nak ada baby lagi... so jawapan aku ialah:-


aku dah cuba.. dah jumpa pakar, dah jumpa tukang urut, dah jumpa bomoh, dah jumpa tabib, dah makan macam2 ubat yang pantang ada perkataan "ANDA MAHUKAN ANAK, CUBALAH MAKAN  UBAT dot...dot..dot.. and what ever lagilah..' tapi seandainya allah tak izinkan maka aku hanya menunggu dan berdoa dan mencuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi walaupun akhirnya aku tahu setiap bulan adalah NEGATIF!...hope tahun  2012 ni rezeki aku melimpah ruah...


ada juga soalan2 yang menunding terus jari ke arah aku... kenapa kerja dah 8 tahun masih kerani je... sambunglah belajar...tengok anak si polan dan si polan dan etc... maka jawapan aku ialah:-


tak semua benda aku boleh buat, aku tahu tahap IQ aku setakat mana... dan sambung belajar tu pakai duit bukan pakai bulu! perlu persediaan dari mental dan fizikal, aku susah ada ke orang nak tolong? sekurang2nya aku bekerja jugak tak mengharap pada duit gaji suami je... macam2 aku kena buat... macam2 aku kena utamankan dulu... maybe satu hari nanti aku akan belajar tapi tolong jangan bandingkan aku dgn org lain...setiap org ada keistimewaan sendiri.. kerja sebagai keranipun ok apa... boleh jumpa kawan yg satu kepala tak payah pikir kerja teruk2..huhuhu


setiap manusia tu allah dah tetapkan rezeki mereka, maybe rezeki aku masih jauh dan aku kena juga tempuhi.. bukan mudah nak lalui kehidupan bagi aku yang bernama zalila..

22 November 2011

~My Hubby VS Denggi~

dah lama aku tak update blog aku yg bersawang dah macam menternak binatang peliharaan... blog aku yg sungguh comot dan tak berapa sudi aku nak tengok... nyamukpun dah beranak pinak... 
sebut pasal nyamuk terus fikiran aku terjah ke peristiwa en hubby kena denggi... nak snap muka org kena denggi tak sampai hati pulak aku, muka penuh simpati and kurang kasih sayang jer... sian dia...
                                                        ini gambar time dia sihat walafiat..


En hubby start demam 5/11/2011 and aku mula risau sebab en hubby demam kalini lain macam jer jadi aku nekad ajak dia pi chek dekat klinik putrajaya pada 9/11/2011, bila doktor chek..doktorpun cakap 'awak kena denggi' teperanjat mak nyah... en hubby kena denggi. Bintik-bintik merahpun naik satu badan. Keja amik darah and masuk air je kat klinik putrajaya...sian dia... macam2 aku bagi dia minum... air 100 plus berbotol-botol sampai satu tahap tekak dia jadi sakit sebab minum 100 plus tu.. so akupun cari alternatif lain belendakan timun dibuat jus, buat sup ketam... tapi tak nampak sangat perubahan pada darah dia. 
akupun cuba cara lain..blenderkan buah kiwi buat jus and durian blande... alhamdulilah bacaan HCT and Platlet dia dalam masa dua hari sangat cantik bacaan dia..doktorpun terkejut en. hubby boleh sembuh secepat itu.. dia jangkakan maybe dalam 2 minggu bacaan darah en hubby boleh ok... tapi itu semua kuasa allah, alhamdulilah terima kasih Ya Allah.. tapi aku nak ucapkan terima kasih jugak kat member2 yang bagi petua macam2... especially kak tie si ratu google.. and tak lupa jugak pada cik mairah aku seorang tu yang setiap masa remind en hubby supaya minum air... siap tolong susunkan semua jenis minuman sebelah en hubby siap tuangkan dalam cawan, layanan macam hotel 5 bintang.. good my girl..


jadual bacaan HCT and Platlet dia dalam masa 5 hari:-
09/11/2011 bacaan HCT 43 and Platlet 119
10/11/2011 bacaan HCT 46 and Platlet 105
11/11/2011 bacaan HCT 47 and Platlet 109
12/11/2011 bacaan HCT 44 and Platlet 127  masa ni aku dh start bagi dia minum jus kiwi and durian belande pagi and malam
13/11/2011 bacaan HCT 40 and Platlet 152 hari last chek darah dia...alhamdulilah


buah kiwi

durian belande


bila aku baca kat blog orang yang pernah kena denggi lagi hebat, diapun ada cakap banyakkan minum air jus buah2an... maybe buah kiwi and durian belande tu serasi dengan en hubby... kuasa allahkan...dia ciptakan buah2an tu ada penawar untuk penyakit...alhamdulilah..aku rasa sangat happy bila tengok en hubby dah sihat semula... so siapa2 yang tiba2 kena denggi tu banyak2kanlah minum air and jus buah2an k. Pada kawan2ku jaga diri baik2 k... 


Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan seldarah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space lossdi antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

[sunting]Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinanleukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

[sunting]Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.


24 October 2011

REUNION @ SUNGAI CONGKAK 15/10/2011

kali ni reunion pada 15/10/2011 (Sabtu) dilaksanakan di Sungai Congkak dengan meriah, enjoy, best... insyaallah tahun depan kita buat di tempat yang lagi BESSTTTT.... terima kasih Ya Allah... terima kasih kengkawan semua, siti fazilah, noraimi, dayah, norlela, jojet, hamdi, nizam and adik2 ipar noraimi, emak dayak,  turut serta suamiku and anak-anakku mairah, eryna and aniq






seandainya masa mengizinkan kita bersua lagi...

Suprise Party Umairah

minggu lepas aku balik kampung, tak sangka Abah, Mak, Mak Long and Pak Long buat Suprise Party untuk mairah.. aku pun tanjat tak sangka ada party untuk cik mairah... rasa terharu sangat, aku pulak yang happy macam birthday aku.. apa2pun terima kasih banyak2 untuk abah, mak, mak long and pak long.. buat party untuk anak dara saya... terima kasih juga sebab sayangkan mairah... ummi terharu sangat sob..sob...
nanti kalau mairah dah besar jangan lupa macamana mereka2 yang sayangkan mairah k...semoga rezeki anak ummi dipermudahkan dan diperluaskan..terima kasih Ya Allah...






Semoga kebahagiaan ini kekal ke akhir hayat...amin..

Happy Birthday My Umairah @17/10/2011

Selamat hari jadi untuk anak gadisku Nur Hannah Umairah.. tahun ni masuk 3 tahun anak ummi, semoga menjadi anak yang penyayang, bijak, soleha dan berjaya didunia dan diakhirat.. tahun ni aku and en suami sambut birthday mairah di luar, bawak dia jalan2 supaya dia boleh belajar sesuatu... alhamdulilah semuanyer berjalan dengan lancar... 


Hari Pertama @ Bandar Hilir, Ayer Keroh Melaka 16/10/2011 (Ahad)


berjalan2 @ bandar hilir, ajak mairah tengok bangunan lama-lama... naik beca lagi...mairahlah orang paling teruja sekali.. rancak berbual dengan pakcik yang mengayuh beca tu..soalan2 menguji minda pakcik tu, aku gelak aje dengar dia berbual..


mairah: atok ada kawan?
pakcik beca:ada... ramai kawan atok tu..tu...semua kawan atok (menunjuk ke arah kawan2 seangkatan becanyer)
mairah: kenapa tangan atok?
pakcik beca: sakit...nanti atok cerita.
mairah: kenapa kaki atok goyang2?
pakcik beca: sebab atok kayuh basikal...
mairah: atok...mamai nak air kotak milo boleh...


pulok dah...penat bercakap je mintak air...lantaklah mairah asal mairah happy, ayah and ummi lagi happy...
happy birthday sayangku... love dia banyak muah..muah...


 kami dah sampai



 abang beca..abang beca ditengah jalan.. cari muatan tuk mencari makan... putar2 kaki mengayoh..huhuhu


 take my photo please


 makan cendol.. pakcik ni cakap disinilah cendol paling popular... 
pelbagai jenis cendol boleh oder.. sedap macam rasa cendol  lah..heeee


naik Menara Taming Sari 7 minit je... pusing dua kali pastu turun.. 

lepas dah puas berjalan di bandar hilir Ayer Keroh Melaka, kami terus bergerak ke Alor Gajah untuk Check in di A famosa Resort...we are coming...

Hari Pertama @ A Famosa Cowboy Town 16/10/2011 (Ahad) 

masa ni kami dah sampai pun kat A Famosa Resort..Check in pukul 3.00 pm.. so malam tu kamipun berjalan-jalan @ Cowboy Town ni.... tersangat-sangatlah seronoknyer... enjoy sangat2..Cowboy Town ni hanya dibuka waktu malam sahaja, macam jenis pertunjukan, ada yang main api, pertunjukan gajah menari dan macam2 binatang buat aksi yang comel2...

masa ni tengok 4D cerita ikan 15 minit je.. tapi cik mairah penakut.. menangis keluar panggung wayang ni..

ronda-ronda tengok lampu, gajah and apa2 jerlah

peace..

pertunjukan kat dataran, time ni lah best giler... ada juga sedara ku itu si kambing... en suamiku teruja jumpa gajah.. suka bila gajah raba2 dia..

last sekali, pertunjukan bunga api..meriah sangat..


Hari Kedua @ A Famosa Animal World and Water World  17/10/2011 (Isnin) 


hari kedua @ A famosa kami pergi melihat animal world, macam-macam ada, pertunjukan binatang... yang peliknya macamana mereka2 ni boleh didik binatang2 ni faham apa yang disuruh... kuasa allah... binatangpun ada akal...


masuk ke dalam animal world ni kena naik bas khas yang disediakan..



 menaiki bot untuk ke monkey island..


and last sekali kami bermandi manda di water world, tapi tak dapat nak snap gambar banyak2 sebab sibuk nak mandi, cik mairah begitu teruja sangat... mandi kolam ni... water world ni betul2 bersebelahan dengan animal world..so tak penat nak berjalan jauh2..



Hari Ketiga @ A Famosa  19/10/2011 (Selasa) 

Hari terakhir kami di A Famosa Resort...so kami releks2 je kat hotel sebab dah penat berjalan, seronok percutian kali ni di A Famosa Resort.. tak rugi kalau kita pergi untuk bercuti bersama family, dari segi bilik semua ok... makanan pun best2.. so siapa2 yang belum pergi ke sini silalah berkunjung ke A famosa Resort ni... mesti anak2 kita semua enjoy... 3 hari bercuti tak puas rasanyer... next time simpan cutilah boleh cuti lama2 sikit huhuhuhu


Insyaallah ada umur yang panjang kita bercuti lagi ye sayang2ku.. terima kasih Ya Allah, terima kasih ayah and terima kasih mairah.. alhamdulilah, semua rancangan kita terlaksana Happy Birthday to you Nur Hannah Umairah

13 October 2011

Kita Gelak2 Kejap Nak....

CERITA 1

 Budak punk dan atok


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor landak. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."


CERITA 2

Seorang anak bertanya pada ibunya ketika melihat sebuah poster seorang lelaki bercium dgn seorang perempuan.


                Anak: Mama, gambar tu gambar apa?
                Ibu:oohh, itu gambar orang yg sedang menolong kawannya yg sesak nafas
Anak:ooh, kalau mcm tu kasihannya ngan bibik
Ibu:kenapa dgn bibik nak?
Anak:Bibik pun selalu sesak nafas tapi nasib Papa baik dan selalumenolong Bibik
Ibu:"¿¿??????!



CERITA 3

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


                Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE…



CERITA 4

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.


                Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku ni matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa... "Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Doktor : "???"


CERITA 5


                Cucu : Nenek!! nenek..!! Datuk meninggal !!
                Nenek :Bila cu ?? 
               Cucu :Baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nekkerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !!
               Nenek : Kejap cu, nenek pinjam HP kamu dulu cu ..
               Cucu : Nak tpon siapa nek ??
               Nenek : Bukan! nenek nk buka facebook dulu..nenek nk ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA...


               CERITA 6


             Girl: Awak merokok?
              Boy: Tak...              
              Girl: Minum?             
              Boy: Tak...              
              Girl: Ada kereta?             
              Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...

              Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
              Boy: Bukit Antarabangsa...              
              Girl: Wah mesti mahal...              
              Boy: Tak la...cuma RM 950.000 je...              
             Girl: Dah pernah pegi haji?              
             Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..              
             Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?              
             Boy: Pengarah syarikat..             
             Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?              
             Boy: Tipu orang... :P