umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

31 March 2010

Ulang Tahun Perkahwinanku

30.3.2010 (selasa) merupakan hari ulang tahun perkahwinan hamba bersama kekanda tercintun. kami mengambil cuti pada hari selasa dengan berfoya2 bersama anakanda tercintun ke tempat yang penuh misteri kuh..kuh..kuh..
seawal jam 8.00 pagi kami bergerak dari rumah ke tempat yang hendak dituju, bukannya apa..merancang perjalanan takut jem... roti tak bawaklah pulak..
tiba ditempat kejadian pada pukul sepuluh. pada awalnya kami merancang nak pi ke Sunway Lagoon dengan tiket yang dihadiahkan oleh sahabat kekandaku sempena Aniversary kami, tetapi hampa kerana hari selasa Sunway Lagoon ditutup pulak..huhuhu sedih sungguh.. maka bagi memastikan rancangan kami berjaya kami pergi ke tempat lain iaitu Wet World di Shah Alam.. nasib baik rezeki kami, kamilah orang pertama datang pada waktu itu, kami bertiga bermain2 air dengan begitu ghairah dan rakus...huhuhu.. aku dan anakanda tak puas main si suami dah penat memanggil naik kedarat untuk pulang sebab dah tengohari katonyo... mmmmmm..hajat baru nak naik gelungsur kanak2. tertunda dengar suara suami memanggil balik...
waktu tengah hari hajat hendak membawa anakanda ke Zoo negara tatapi jeng..jeng..jeng..jongang... hujan begitu lebat turun melanda ke bumi.. maka terbantutlah dan terkentutlah hasrat hati nak ke zoo. bagi mengelakkan hasrat anakanda dan aku terkubur maka sang kekanda mengambil langkah berjaga2 dengan membawa kami ke Aquaria KLCC... tercapai gak hasrat nak melihat or menziarah bebinatang2 ni... anakandalah yang paling gumbira sekali melihat binatang2..
kepada kekanda selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita yang ke tiga (3) ummi berdoa semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat..kita murah lagi rezeki yang baik2... tambah anak ramai2...kita bina keluarga yang bahagia dan kita buktikan pada mereka yang kitapun boleh hidup bahagia walaupun kita hidup sederhana... i love u so much...muah..muah..muah..mmmbeekkkk..

kami baru bangun uarghhh... mengantuknya

umairah :ummi jom kita main jalan itik..quek..quek..quek..
ummi: tak nak.. nak jadi katak je... ong..ong..ong
ayah: tak payah..jadi je lembu..mooooo...moooo

ayah: ayah ada dua jari yang besar...
umairah : bla..bla..ayah bebel..tutup telinga

umairah: ayah..tunggu... janganlah merajuk.. kan kita nak mandi ni..
ayah: ayah nak berak ni... cepatlah mairah jalan.

alamak kapal selam sape yang tertinggal ni.. spongebob nye kot

ummi: kita senyum... chesss
umairah : sibuk tol ummi ni orang nak lalu ni dah lambat nak pi ofis ni... pon..pon..

ummi: cepatlah umai.. ummi nak main gelungsur tu.. mainlah sendiri kereta ni
umairah: kejaplah.. umai nak kencing dulu..please....

umairah: bercanda di pasir dan pantai kita bersama main air pancut
ummi: jangan nyanyi nanti ayah cemburu tu.. dah lah gambor dia tak ada, jangan macam tu tak baik..tak baik..

ummi: inilah harta pusaka yang ummi dan ayah nak beri pada umai.. terima ye nak
umairah: oh..tidak... kenapa harta ini..huk huk huk

dalam WET WORLD

keadaan hujan ketika hendak menuju ke KLCC..laluan SMART

penatnya mandi

jom kita tidur..hehehe

tolong... piranah...nak tengok kami...

jangan pandang belakang, di belakang ada ular..

ikan jerung yang banyak gigi.. pernah kah dia mengosok gigi? berjumpa doktor gigi? membuat gigi palsu?

ikan ini lebih besar dari suamiku..lebih besar dari kereta.. percaya atau tidak...

kami bukan cicak girl..

tara..tara..tara..kami nak pi berenang atas darat

belakang kami ada dinding..huhuhu tak ada tempat lain nak posing

apa hal ummi dengan ayah tu... buat malu aku je bergambor macamtu..

tidur lebih baik dari mendengar ummi and ayah mengumpat.. bagus..bagus

laparnyer balik berjalan... balik2 rumah ternampak buah kelapa.. kelapa pun tak pelah..

26 March 2010

~Kenapa Perlu Merendah Diri?~

aku tersentuh dengan kata-kata seorang sahabat yang suka merendah diri dengan kerjayanya.

"bestlah ko dapat kerja kerani, kat Putrajaya pulak tu, aku kerja kilang je"

kenapa perlu malu dengan kerja kamu wahai sahabatku? aku amat menghargai dengan orang yang bekerja tak kisah lah korang kerja sebagai pencuci tandas sekalipun. korang dah berusah untuk tidak menjadi peminta sedekah. bukankah itu lebih baik..

tapi ada juga orang yang suka menghina kerja seseorang, rasa jijik dengan kerja seseorang tapi bagi aku apa sekalipun kerja yang korang buat asalkan duit tu halal dan boleh beri makan pada keluarga sendiri. Peduli orang nak kata sedangkan ramai lagi insan-insan yang keluar dengan segulung ijazah tak ada kerja dan tak tahu nak kerja apa dan malu nak kerja yang tak sama taraf dengan mereka.

pada aku orang yang bermula dari bawah itulah orang yang berjaya.. tak semestinya orang yang gagal tu tak berjaya, percayalah kata-kataku sahabat ku. dulupun aku kerja kilang, dah banyak kilang aku merantau untuk cari pengalaman, aku tak malu jadi operator pengeluaran tapi bapak and abang2 aku malu. aku cari duit sendiri nak belajar komputer, tapi diaorang tak faham..

aku belajar hidup susah, aku belajar cari duit, belajar cari kerja untuk masa depan aku, kawan-kawan lain sambung belajar tapi aku tak sambung sebab aku tahu bapak aku akan marah kalau aku sambung belajar, dulu keluarga aku hidup susah jadi aku redo dengan segala keputusan bapak aku, mungkin doa aku makbul dan Allah letakkan rezeki aku bekerja sebagai kerani di PUTRAJAYA.

aku benci dengan orang yang menghina kerja orang lain, padahal korang tu semua sama cuma membezakan rezeki masing2, jangan rasa kita sentiasa di atas.. pandanglah dibawah sebab kita mungkin akan jatuh juga.. aku selesa dengan kehidupan aku sekarang walaupun kerani tapi aku tak pernah meminta2 pada adik-beradik lain. kepada sahabatku.. allah dah tetap rezeki setiap makhluknya mungkin rezeki kau belum didekatkan lagi tapi percayalah rezeki kau akan tiba. jangan malu sebagai pekerja kilang, duit yang kau dapat tu kau dah mampu menyara keluarga kau.. itulah namanya rezeki sayang...

so bila ko baca nukilan dan luahan hatiku pasti kau tahu, setiap manusia ada masalah dan ada jalan penyelesaiannya... jangan peduli kata orang bukan mereka yang bagi kau kesenangan mereka hanya mampu lihat,menghina dan mentertawakan.. kita semua ni anak wayang di atas pentas dunia ni.

18 March 2010

Cinta Tikar Sejadah

cerita ni best sangat2... kalau korang tengok cerita ni mesti feelling abislah... cerita "CINTA TIKAR SEJADAH" ni ala-ala macam cerita "NUR KASIH" tapi cerita cinta tikar sejadah dekat TV ASTRO OASIS 106 je... kalau sesiapa yang menghayati cerita ni mesti tak sabar2 nak tengok banyak kali... susah aku nak ungkapkan cerita ni... kalau korang rasa teringin nak tengok memanglah teramat2 aku galakkan..

mestilah story berkenaan CINTA...GUMBIRA...KOMEDI...SEDIH dan banyak pengajaran dalam cerita ni... pelakon lak best2... Farid Kamil, Bob Lokman, Rafidah Ibrahim (macam muka Siti tur...) ishhh susahlah nak sinopsis kan story ni... apa kata korang tengok jelah cerita ni kat TV k.

16 March 2010

DiaLah TEman DiaLah SahaBat

29 mac 2010 ni my best friends aku (fadzilah) pergi menunaikan umrah bersama suami, and family mertua dia... entah kenapa tiba-tiba hati aku jadi sebak dan kenapa aku tiba2 rindukan dan terlalu rindukan dia... dah lama kami tak jumpa hanya sekadar telefon dan e-mail menghubungkan kami..
terlalu dan terlampau banyak kenangan manis dan pahit kami kongsi bersama. sekolah menengah SMKAB akan jadi kenangan untuk aku dan dia.... susah aku nak gambarkan betapa dia lah sahabat yang paling aku sanjungi dan hargai..

dialah teman dan sahabat aku yang bersama2 sewaktu susah dan senang... yang tak pernah rasa jemu bagi semangat dan nasihat sewaktu aku susah dan ketika aku dilanda kesedihan....kenapa masa begitu pantas sehinggakan aku terasa telah bertahun lamanya aku tak jumpa dia...


"Ya Allah aku doakan agar kau lindungilah sahabat yang aku sayangi dengan limpahan rezeki yang mulia dan senantiasa hidup aman dan bahagia..."
semoga kau selamat pergi dan selamat pulang sahabatku menunaikan Umrah bersama suami dan family mertua kau.. nanti ko doakan aku pulak untuk pergi menunaikan Umrah..

11 March 2010

party in my thummy

al kisah tersebutlah kisah... sambutan party buih hari jadi di hotel bertaraf 10 bintang..."BELIMBING CORNER" yang telah dihadiri oleh ahli2 panel yang berjiwa rakyat... enlazman, ahlan wahsalan(alan), siti fazilah, norhayati, rozilah, nadia hakimah, nurul nadia, nurhidayah, norlela dan aku yang jelita kuhkuhkuh
kami menikmati jamuan makan tengahari yang begitu enak dan lazat... tapi PETAI paling best... nyum nyum

lets go kita layan gambar2 yang berunsurkan skandel ni...

happy birthday anak yaakub yang ke 27 tahun..

alamak....apasal aku lupa pakai gigi palsu ni... camana nak makan kek ni... help me...!!!

baju biru ni saya basuh pakai shampoo rambut... emmm wanginye...


aku: sape curi Petai aku ni..!!!!
alan: tapi bukan aku ella...
eila: ye ke!!

alan: ramai orang cakap aku kalau dari tepi macam piere andre, belakang macam jihan miskin... perut macam din beramboi


nurul: agak-agaknyer sampai bila kita nak makan free kat sini ye tuan?
en. lazman: sampai kiamat ler
aku: ye ke!
inilah tempat yang kami tempah khas untuk makan tengahari
bukan setakat kedai je ada nama corner.. kami ni pun bergambar posing ber corner gak...
iye ke...

alan: agak2 nyer kalau kita curi mesin tebu ni kita kaya tak tuan?
en. lazman: kaya tu memanglah kaya... nanti kau dengan aku masuk penjara baru tahu...
alan: iye ke!
nanad: yeh..yeh...abah nak bagi duit.
en.lazman: banyaklah ko punya duit...aku nak keluarkan sikat rambut lah
alan: iye ke!

let's go kita balik anak-anak... mak hantar pi sekolah semula..
dayah: alamak mereka dah balik.. kenapa kita b'2 masih di sini?
lela: kejam mereka...aku baru nak kira tulang ikan ni... waaa waaa
rozilah: apalah korang berdua kecoh..akupun kena tinggal juga waaa waaa nak balik!!! tak pelah akupun nak kira berapa papan aku makan petai hari ni

Kek yang telah disponser oleh kengkawan-kawan

tara.... kad birthday yang ada kengkawan...

thanks semua...thanks belimbing corner

04 March 2010

Bila UMAirah PAkai TUDung

tudung ni dihadiahkan oleh atuk sedara belah suami aku... dia nak tengok UMairah pakai tudung.. so akupun memakaikanlah si kecik ni dengan tudung hadiah tersebut... maka tersebutlah kisah sewaktu dia memakai tudung......

pertama kali memakainya... menangis...

kedua kalinya... boleh terima hakikat.......

kali ketiga... dah semakin berani memakai tudungnyer...

kali keempatnya.... sempat posing gitu

dan kali seterusnya... ummipun sama sibuk..

masa keluar jalan2 cari makan

naik basikal yang telah dihadiahkan oleh embah dan maktok sempena birthday ummi... terbalik tul lah... patut ummi yang dapat hadiah tapi mairah pun dapat juga... alhamdullilah...rejeki umairah..

heheheheeeeee

stokin dari mekah yang telah dihadiahkan oleh kawan mak sewaktu mengerjakan haji tahun lepas... terima kasih sebab ingat kat umairah.... stokin ni ciut sangat...