umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

26 March 2010

~Kenapa Perlu Merendah Diri?~

aku tersentuh dengan kata-kata seorang sahabat yang suka merendah diri dengan kerjayanya.

"bestlah ko dapat kerja kerani, kat Putrajaya pulak tu, aku kerja kilang je"

kenapa perlu malu dengan kerja kamu wahai sahabatku? aku amat menghargai dengan orang yang bekerja tak kisah lah korang kerja sebagai pencuci tandas sekalipun. korang dah berusah untuk tidak menjadi peminta sedekah. bukankah itu lebih baik..

tapi ada juga orang yang suka menghina kerja seseorang, rasa jijik dengan kerja seseorang tapi bagi aku apa sekalipun kerja yang korang buat asalkan duit tu halal dan boleh beri makan pada keluarga sendiri. Peduli orang nak kata sedangkan ramai lagi insan-insan yang keluar dengan segulung ijazah tak ada kerja dan tak tahu nak kerja apa dan malu nak kerja yang tak sama taraf dengan mereka.

pada aku orang yang bermula dari bawah itulah orang yang berjaya.. tak semestinya orang yang gagal tu tak berjaya, percayalah kata-kataku sahabat ku. dulupun aku kerja kilang, dah banyak kilang aku merantau untuk cari pengalaman, aku tak malu jadi operator pengeluaran tapi bapak and abang2 aku malu. aku cari duit sendiri nak belajar komputer, tapi diaorang tak faham..

aku belajar hidup susah, aku belajar cari duit, belajar cari kerja untuk masa depan aku, kawan-kawan lain sambung belajar tapi aku tak sambung sebab aku tahu bapak aku akan marah kalau aku sambung belajar, dulu keluarga aku hidup susah jadi aku redo dengan segala keputusan bapak aku, mungkin doa aku makbul dan Allah letakkan rezeki aku bekerja sebagai kerani di PUTRAJAYA.

aku benci dengan orang yang menghina kerja orang lain, padahal korang tu semua sama cuma membezakan rezeki masing2, jangan rasa kita sentiasa di atas.. pandanglah dibawah sebab kita mungkin akan jatuh juga.. aku selesa dengan kehidupan aku sekarang walaupun kerani tapi aku tak pernah meminta2 pada adik-beradik lain. kepada sahabatku.. allah dah tetap rezeki setiap makhluknya mungkin rezeki kau belum didekatkan lagi tapi percayalah rezeki kau akan tiba. jangan malu sebagai pekerja kilang, duit yang kau dapat tu kau dah mampu menyara keluarga kau.. itulah namanya rezeki sayang...

so bila ko baca nukilan dan luahan hatiku pasti kau tahu, setiap manusia ada masalah dan ada jalan penyelesaiannya... jangan peduli kata orang bukan mereka yang bagi kau kesenangan mereka hanya mampu lihat,menghina dan mentertawakan.. kita semua ni anak wayang di atas pentas dunia ni.

No comments: