umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

28 April 2010

Ke manak Kitak... My public holidays

cuti hujung minggu lepas kami pi Sunway Lagoon... suamiku dapat tiket percuma bersempena birthdaynya... wah! aku teruja... baik sungguh insan yang memberi hadiah tiket itu... huhuhuhu


hilang segala tension di kapala... tapi badan penat giler... aku tak lepaskan peluang bermain permainan yang macam2 tapi tak dapat nak terokai sepenuhnya sebab hujan petang waktu itu... ada permainan indoor and outdoor serta ada zoo mini, dan permain2 extreme....tapi memang seronok... jom layan gambar2 kami... zassssssss


gelang yang perlu dipakai sentiasa di dalam Sunway Lagoon


apa-apa hal posing dulu yek...


dihadapan pintu masuk zoo mini.. dengan2 pelampung aku bawak...


cik mairah and botol susu berlatar belakangkan batu batuan


seumpama...rama-rama...


letih kaki ni... bila nak mandi lak... ummi...


ini burung merak


kamilah tupai terbang..kwang..kwang..


kudaku lari gagah berani...


burung... nak minta duit sikit... nak masuk tandas ni..


posing lagi yek


jom kita mandi..yeha....yeha...


macam tepi pantai kan... tapi bukan..


carilah aku...


berenang lagi...iyah..iyah..


peta nak balik rumah...kami sesat dah ni


ingin mencuba? memang ngeri naik motor ni masuk hutan


cik mairah penat tunggu ayah hilang kemana


pon..pon..pon..


go-kart


memanah mak nyah..benci tau...auw...


opsss perutku seksi sekali


nak makan...kami nak makan...


beruang : hai saya beruang jantan...
aku: oh tidak...tolong-tolong...saya isteri orang... dimana suamiku...


si suami: cik harimau...nampak tak isteri saya?
harimau: oh... dia kena ngurat dengan beruang tadi..
si suami: APA!


naik kuda pusing-pusing...cik mairah pening abis ummi and ayah kena marah..


sedara siapa ni?

tinggal kepala dan kaki je.... kesian...kesian...

Party Birthday My Hubby Chubby

(Isnin) genap suamiku 26 tahun... dah besar panjang anak wak mohamad... semoga panjang umur, murah rejeki,ditetapkan iman dan sentiasa handsome kehkehkeh....


sambutan party hanya dilakukan dirumah kerana aku ingin mencuba resepi yang diberikan oleh kak yati and suaminya.... Spagetti menggunakan daging burger... nasib suami aku cakap sedap...kalau tak aku suruh basuh periuk...hehehe..

aku berpakat with cik mairah buat kejutan untuk ayahnya yang tercinta... sampai je ayah dirumah aku terus tutup mata dia pakai kain...padan muka.!!

 
cik mairah jadi pengapit ayah

"Happy birthday to my hubby"

cik mairah bersama ayah yang diraikan

makanan kami malam ini... candle light dinner gitu...
orang dewasa menggunakan pinggan kaca manakala kanak-kanak bawah 2 tahun menggunakan pinggan plastik..

habis dah...

cik mairah bukan buat isyarat lucah ye... itu isyarat "peace"

with love..

Ummi harap ayah tabah mengharungi dugaan hidup ini, sentiasa dimurahkan rezeki yang baik-baik... insyaallah.... ummi and mairah terlalu-lalu sayangkan ayah...
we love u like tempeh..

21 April 2010

Al-Fatihah

AL-Fatihah buat mak kepada sahabat kita Nurul Nadia binti Mispan yang telah pulang ke rahmatullah pada 21/4/2010 hari Rabu.... semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..
dan aku harap nurul tabah menghadapi dugaan hidup ini...kehilangan orang yang tersayang memang sukar untuk aku bayangkan... semoga Allah panjangkan umur mak dan bapak aku, mak dan abah mertuaku serta semua ahli keluargaku... insyaallah...
aku tak tahu bagaimana situasi aku bila berada di tempat nurul sekarang, aku tahu dia boleh laluinya.. harap dia tabah dan sentiasa tak lekang mendoakan maknya...

Al-fatihah sekali lagi untuknya......

19 April 2010

Apakah Ini Tanda-tanda Kiamat... luluhnya hatiku...

apa hukum jika seorang anak lelaki yang sudah berkahwin mengabaikan tanggungjawabnya pada maknya? takut pada isteri dan tak takut pada hukum allah..


aku tak tahu bagaimana nak luahkan berbuku-buku hati ini terhadap seseorang.....
syurga isteri pada suami tapi syurga suami pada mak dan ayah yang masih hidup..
anak lelaki wajib memberi nafkah pada mak dan ayah yang masih hidup..
isteri tak berhak untuk menghalang duit suami atau menyekat duit suami...


kenapa ni semua berlaku dalam keluarga aku?


simpatinya aku pada mak dan bapak yang menanti kepulangan anak yang dah tak ingin ingat pada mereka... durhakanya anak yang sentiasa tunduk pada isteri, takut pada isteri...


simpatinya aku melihat mak dan bapak membesarkan dia dan menghantar dia belajar sehingga keluar negara sanggup menjual tanah pinjam pada saudara mara untuk menyekolahkan dia... durhakanya anak yang tak ingat jasa dan pengorbanan mereka.


simpatinya aku melihat mak dan bapak yang saban hari merindukan cucu-cucunya tapi anak lelakinya tak pedulikan rintihan hatinya hanya kerana takut isteri memarahinya....


simpatinya aku melihat mak dan bapak terpaksa meminta-minta duit pada anak lelaki ini tapi dimarahi oleh si
isteri..nak beri RM50 pun payah...gaji Rm 4000 tapi takut isteri marah sanggup tak bagi duit pada orang tua.... durhakanya anak...


simpatinya aku melihat mak dan bapak anak lelakinya tak pernah menelefon bertanya khabar berita, tak nak ambil tahu samaada mak dan bapak masih wujud atau tidak...


tak guna punyai rumah yang besar
tak guna punyai kereta yang besar
tak guna punyai pangkat yang besar
tak guna punyai gaji yang besar


tapi....tak pernah ingat pada keluarga di kampung, rasa bangga diri dengan kehidupan yang mewah, rasa bangga diri punyai isteri yang control segala-galanya..


nasihat dan pandangan aku


kita berkahwin bukan sahaja dengan suami kita tapi seluruh keluarga dia.. kita sebagai isteri adalah orang kedua dalam tanggungjawab si suami....tapi.... mak dan ayahnya adalah orang pertama dalam tanggungjawab si suami... jangan kita persoalkan mengapa si suami memberi duit atau melebih2kan keluarganya..
kita belajar sekolah agama mesti kita tahu kenapa...


dan jangan kita merasa megah dengan kemewahan yang kita ada... rumah, kereta dan duit akan musnah satu hari nanti tapi keluarga kita yang penting...


kepada abang...adik doakan semoga allah beri petunjuk kepada abang.. abang abaikan tanggungjawab abang pada mak dan bapak.. rasa ruginya abang belajar pandai-pandai tapi abang anak yang tak berlaku adil.. allah itu maha besar abang... abangpun ada anak... isteri abang bukan yang membawa abang kesyurga tapi doa mak yang paling makbul abang tau tak...


kenapa abang sanggup belakangkan keluarga sendiri dan membiarkan isteri abang pijak kepala abang.. abang berikan segala-galanya pada isteri abg...rumah,kereta tapi bila mak dan bapak nak pinjam duit kenapa isteri abang marah2 abang... itu duit abang bukan duit dia... tanggungjawab abang pada mak dan bapak sampai mati... adik berdoa supaya allah bukakan pintu hati abang... jangan jadi anak durhaka..


orang lain bersedih bila tiada lagi mak bapak tapi abang langsung tak hirau kan mak dan bapak yang masih hidup ni... mana tanggungjawab abang?


sedihnya hati dan lulurnya hati menjadi adik kepada abang... jangan sampai mak dan bapak dah tak ada baru abang nak meratapi... sepatutnya abang ajar isteri abang cara menghormati orang tua..


allah yang mencipta abang... allah juga yang memberikan abang rezeki...DAN allah juga boleh menarik segala yang diberikan pada abang... jangan bila dah jatuh kesusahan baru nak kenal keluarga...

15 April 2010

Wa kena BEB!

pada suatu pagi yang hening dan damai... sewaktu sebuah kumpulan anak-anak dara yang cun-cun belaka (aku,k.eiyla,EO,lela and dayah sedang menikmati sarapan di pantry TW dengan mendengar pelbagai gosip dan sedang leka menganyam ketupat(mengumpat ler..)

kami berbuah dengan rakus dan berlagaknya... tiba-tiba dikejutkan dengan satu bom yang kuat dari pembaling bom yang diimport dari perak.....(kak yati!)

"Hurry up! KSU datang nak buat spot chek!"

bertempiran lari anak-anak dara cun-cun belaka menyelamatkan diri...ada yang terjun kerusi..terjun meja...terjun bangunan dan lain-lain... sampai EO kena serangan jantung..auotomatik semua manusia hilang sekelip mata di pantry tadi..akupun merasai hairan..


yang pelik juga sewaktu menyelamatkan diri tiba-tiba Cik Siti Fazilah terus bersuara:

"Kenapa ni... KSU datang ye.."

aku jadi bengong seketika sebabnya dia tak tahu kenapa dia kena ikut lari juga..ish...ish.. jiwa terkacau dia ni... or tertelan coco collagen..


nenek tua yang pakai tongkatpun boleh berlari... orang buta terus jadi celek.. bila dengar ayat kak ti tu... kau sungguh kejam kak ti... nasib tak ada sesiapa yang mati tercekik..kami semua terkena betul...WA KENA BEB!!!

14 April 2010

Shaun The Sheep

Kartun yang selalu aku,hubby and cik mairah selalu tengok tanpa ada perasaan bosan.. aktiviti menonton TV sebelum kami tidur







mommies blogger award

terima kasih Ct Pajilah anak Yaakub kerana sudi memberi award hot mama kepada saya


tahniah juga kepada sahabat-sahabat lain yang dianugerahkan dengan 'mommies blogger award' semoga menjadi ibu-ibu yang berjiwa romatik and sentimental



Nur Hannah Umairah binti Mohd Nur Adzwan
D.O.B : 17.10.2008

12 April 2010

aku kenapa?

hari ni aku tak tahu kenapa dengan tahap suhu badan dan kepala otak aku hari ni... argghhhh sakit ati ada, marah pun ada, bencipun ada, mmmmmmm jiwa kena kacau dengan perasaan... bengang dengan seseorang pun ada.......

09 April 2010

Selamat Malam Sayang

ini hari ana banyak tangkap lentok dengar ini lagu lah...tetiba je ana nak tangkap felling kat lagu ni... mulalah teringat pada anak dara ana ni... ana tuju-tuju khas lagu ni untuk dia lah... ente layan jugalah lagu yang ana taip sampai berdarah jari ana lah... mana yang nak nyanyi ini lagu menyanyilah..mana yang tak mahu menyanyi kasi tidurlah... anak mahu menyanyi sambil menarilah..yah..yah... gelek pinggang lah...



SELAMAT MALAM SAYANG

BIARKAN BERLABUH SEMUA KELETIHANMU
LELAPKAN MATAMU BIARKAN MIMPIMU KE MANA KAU MAHU
SELAMAT MALAM...TIDURLAH SAYANGKU
SIANGKAN TIBA BERCAHAYA BERMULA BARU
SEMUA UNTUK MU

BIARKAN BERLABUH TIRAI KISAH SEMALAM
YANG INDAH ITU ADA PADAMU
DENGAN SEIMPIAN DAN HARAPAN

SELAMAT MALAM...TIDURLAH SAYANGKU
SIANGKAN TIBA BERCAHAYA BERMULA BARU
SEMUA UNTUK MU

KAN KU MENJADI ARJUNA DALAM MIMPI MU
KAN KU TANAM JIWAMU ATAS NAMAKU
PARI-PARI KU UTUS BAWA KAU KESINI LAGI
TERHAPUS SEMUA DENGAN SENYUMANMU

SELAMAT MALAM SAYANG...
SELAMAT MALAM KASIH...

TIDURLAH SAYANGKU...

06 April 2010

kemana?

tara...mana mereka pergi? ini bukan hari cuti ye kengkawan tapi hari perhimpunan so mereka2 telah merajinkan diri mendengar taklimat dengan sepenuh jiwa raga.. cayalah kengkawan...

hallooooooooo...... mana pi depa ni aik...boleh bergurau pulak mereka...hikhikhik

cuba cari ada binatang peliharan tak kat sini like cik tikus or cik lipas..manalah tahu dia main sembunyi2 ke..ialah kan tak ada orang... maka mereka nekad membuat pesta parti buih!!!!

so yang tinggal cuma aku and kak yus je... kak yus tak larat kesian dia... aku pulak tak berapa nak sihat.. entahlah maybe kesan dari memakan ubat resdung permata hijrah tu mata , hidung and tekak aku jadi sakit... mata aku tak boleh tengok komputer lama sangat hidung lak berdenyut2 tekak pulak sentiasa berlendir..apakah ini kesan sampingan memakan ubat resdung tersebut... aku tak tahan tapi nak baik punya pasal aku kena redo... sekarang ni aku cuma makan sebiji pagi and sebiji malam... tak sabar nak tunggu resdung aku hilang... arggghhhh help my self...sabar ella..sabar ella...

setiap penyakit itu penghapus dosa..huhuhuhu

sambutan ulang tahun perkahwinanku lagi... yeehaaa

minggu lepas aku menyambut sekali lagi hari perkahwinanku bersama-sama family mertuaku.. terharu sangat2 diaorang datang dari kampung just nak sambut hari perkahwinan kami je... aku hargai sungguh usaha2 mereka semua.. huhuhuhu... tapi aku je menanhantu jahat hukhukhuk..


2 tahun lepas diaorang sambut gak tapi kitaorang ada kat kampung.. tak sangka untuk ulang tahun yg ke-3 ni mereka pakat ramai2 datang KL...

tengok ni umairah potong kek.. hemmm jangan jealous ye ummi and ayah...

inilah jamuan sambutan ulang tahun perkahwinanku aku

family mertuaku yang tercintan-cintun...sporting and morting

membaca kata2 hikmah yang diberikan oleh father and mother in law aku... sayu membaca kata2 nasihat mereka

inilah hadiah2 kami..peace!!!!

terima kasih semua...

Datuk 'A' bersama2 hadiah yang dimenangi..huhuhu..

terima kasih abah, mak, mak long, pak long, giegi and ijat..doakan ella, wan and umairah panjang umur dan murah rezeki serta bahagia akhirat dan dunia...

insanyallah aku akan menjadi isteri, anak, dan ummi yang terbaik...
semoga allah melimpahkan rezeki yang terbaik untuk aku sekeluarga dan dikurniakan keluarga yang baik sepanjang masa
aaaaaammiinnnnnnnn ya rabal alaminn