umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

19 April 2010

Apakah Ini Tanda-tanda Kiamat... luluhnya hatiku...

apa hukum jika seorang anak lelaki yang sudah berkahwin mengabaikan tanggungjawabnya pada maknya? takut pada isteri dan tak takut pada hukum allah..


aku tak tahu bagaimana nak luahkan berbuku-buku hati ini terhadap seseorang.....
syurga isteri pada suami tapi syurga suami pada mak dan ayah yang masih hidup..
anak lelaki wajib memberi nafkah pada mak dan ayah yang masih hidup..
isteri tak berhak untuk menghalang duit suami atau menyekat duit suami...


kenapa ni semua berlaku dalam keluarga aku?


simpatinya aku pada mak dan bapak yang menanti kepulangan anak yang dah tak ingin ingat pada mereka... durhakanya anak yang sentiasa tunduk pada isteri, takut pada isteri...


simpatinya aku melihat mak dan bapak membesarkan dia dan menghantar dia belajar sehingga keluar negara sanggup menjual tanah pinjam pada saudara mara untuk menyekolahkan dia... durhakanya anak yang tak ingat jasa dan pengorbanan mereka.


simpatinya aku melihat mak dan bapak yang saban hari merindukan cucu-cucunya tapi anak lelakinya tak pedulikan rintihan hatinya hanya kerana takut isteri memarahinya....


simpatinya aku melihat mak dan bapak terpaksa meminta-minta duit pada anak lelaki ini tapi dimarahi oleh si
isteri..nak beri RM50 pun payah...gaji Rm 4000 tapi takut isteri marah sanggup tak bagi duit pada orang tua.... durhakanya anak...


simpatinya aku melihat mak dan bapak anak lelakinya tak pernah menelefon bertanya khabar berita, tak nak ambil tahu samaada mak dan bapak masih wujud atau tidak...


tak guna punyai rumah yang besar
tak guna punyai kereta yang besar
tak guna punyai pangkat yang besar
tak guna punyai gaji yang besar


tapi....tak pernah ingat pada keluarga di kampung, rasa bangga diri dengan kehidupan yang mewah, rasa bangga diri punyai isteri yang control segala-galanya..


nasihat dan pandangan aku


kita berkahwin bukan sahaja dengan suami kita tapi seluruh keluarga dia.. kita sebagai isteri adalah orang kedua dalam tanggungjawab si suami....tapi.... mak dan ayahnya adalah orang pertama dalam tanggungjawab si suami... jangan kita persoalkan mengapa si suami memberi duit atau melebih2kan keluarganya..
kita belajar sekolah agama mesti kita tahu kenapa...


dan jangan kita merasa megah dengan kemewahan yang kita ada... rumah, kereta dan duit akan musnah satu hari nanti tapi keluarga kita yang penting...


kepada abang...adik doakan semoga allah beri petunjuk kepada abang.. abang abaikan tanggungjawab abang pada mak dan bapak.. rasa ruginya abang belajar pandai-pandai tapi abang anak yang tak berlaku adil.. allah itu maha besar abang... abangpun ada anak... isteri abang bukan yang membawa abang kesyurga tapi doa mak yang paling makbul abang tau tak...


kenapa abang sanggup belakangkan keluarga sendiri dan membiarkan isteri abang pijak kepala abang.. abang berikan segala-galanya pada isteri abg...rumah,kereta tapi bila mak dan bapak nak pinjam duit kenapa isteri abang marah2 abang... itu duit abang bukan duit dia... tanggungjawab abang pada mak dan bapak sampai mati... adik berdoa supaya allah bukakan pintu hati abang... jangan jadi anak durhaka..


orang lain bersedih bila tiada lagi mak bapak tapi abang langsung tak hirau kan mak dan bapak yang masih hidup ni... mana tanggungjawab abang?


sedihnya hati dan lulurnya hati menjadi adik kepada abang... jangan sampai mak dan bapak dah tak ada baru abang nak meratapi... sepatutnya abang ajar isteri abang cara menghormati orang tua..


allah yang mencipta abang... allah juga yang memberikan abang rezeki...DAN allah juga boleh menarik segala yang diberikan pada abang... jangan bila dah jatuh kesusahan baru nak kenal keluarga...

No comments: