umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

11 June 2010

~Kemarau di Hati Bonda~ Bhg 1

Pagi itu Kurnia terkocoh-kocoh bersiap untuk pergi ke sekolah, setelah selasai menyiapkan adik-adiknya bersarapan Kurnia terus kemuka pintu mencari ibunya memohon keizinan untuk ke sekolah...sudah 3 hari dia tidak kesekolah gara-gara menjaga adik-adiknya. Kurnia dalam hatinya yang penuh dengan keinginan untuk melanjutkan persekolah sentiasa dihalang pelbagai rintangan oleh ibunya, Kunia yang masih dalam darjah 6 terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada adik-adiknya dek kerana kesibukan ibu dan ayah yang sentiasa sibuk mencari rezeki. Kurnia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya tetapi dia dilahirkan dalam keluarga yang miskin, adik-adiknya pula seramai lima orang , tiga bersekolah dan dua masih kecil lagi.

Tetapi Kurnia tidak pernah membantah tatakali dia menerima arahan dari ibunya untuk menjaga adik-adiknya.Tapi pada pagi itu jiwa dan semangatnya meronta-ronta untuk kesekolah.. belajar dan bertemu dengan kawan-kawan sekelasnya.

Entah apa yang dirungutkan oleh Mariam kepada anak gadisnya Kurnia, pagi-pagi lagi mulutnya tidak henti-henti membebel..habis segala barang dilempar ke dinding tanda perotes terhadap anak gadisnya itu. Suaminya hanya memandang tanpa suara, takut-takut bila ditanya kenapa.... silap-silap barang hinggap di mukanya... dia hanya mengeluh kecil dihatinya...kasihan melihat anak gadisnya Kurnia dimarah dan dimaki oleh isterinya.
"Kurnia! kau tak payah pergi sekolah hari ni... kalau kau pergi siapa nak jaga adik-adik kau, siapa nak masak kalau angah dan uda balik sekolah nanti!! aku nak ke kebun petik kopi..kalau tak petik... mati kebulur korang nanti... kau pergi salin baju kau sekarang...kau sama je... sekolahpun bodoh tak sekolahpun bodoh..biar angah dan uda je sekolah! kau jaga rumah!"

"Yam...dah lah tu... kalau awak bising-bising bila kita nak petik kopi tu... biarlah Kurnia ke sekolah hari ni... abang jaga budak-budak pagi ni... nanti petang awak pulak jaga...sian kat Kurnia tu...biarlah dia belajar... jangan lah patahkan semangat dia" rayu suaminya

"Eh!!! kau apasal... kau dengan anak kau ni..sama bodoh!..kau kalau sayang sangat anak ko ni kau boleh berambus!"

"Yam...saya ni suami awak...jangan kurang ajar..."

"Kenapa pulak! ooooo kalau Kurnia semua betul ye..siap kau Kurnia" Mariam mencapai sebatang kayu api lalu memukul kaki Kurnia, Kurnia menjerit kesakitan... Harun merampas kayu api itu dari tangan isterinya tapi tak sempat Harun nak merampasnya, Mariam terus memukul suaminya juga.

"Iye...Ibu...Kurnia tak nak ke sekolah lagi... Kurnia jaga adik-adik...jangan pukul ayah lagi... ampunkan Kurnia ibu.." tersedu-sedu Kurnia memohon maaf dari ibunya.

"Sekarang ni kau berhenti sekolah...jaga rumah..jaga adik-adik kau... aku benci tengok muka kau ni dengan ayah kau!...dah....... aku nak ke kebun...awak kalau nak ikut saya cepat... jangan jadi jantan lembik...kena pukul dah sakit-sakit"

"Kurnia...maafkan ayah nak...ayah pergi kebun dulu ye...nanti luka tu sapu dengan minyak gamat..." Harun mencium dahi anak gadisnya itu,Mariam hanya menjeling dari muka pintu... adik-adiknya hanya menangis melihat kakak mereka dipukul teruk oleh ibu mereka. Kurnia memegang kakinya yang luka akibat dipukul oleh kayu.. dia tak tahu mahu mengadu pada siapa...pada ayah takut ibunya akan memukul mereka....pada ibu sendiri jauh sekali...kenapa ibunya begitu benci padanya...bila ayahnya membela dirinya ayah juga turut dipukul... malang sungguh nasibnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas solat Isyak Kurnia membelek-belek kakinya yang lebam akibat dipukul oleh ibunya pagi tadi, hatinya menjadi sedih mengenangkan nasib diri yang sentiasa dihina dan dibenci oleh ibunya sendiri, setiap hari Kurnia tak putus-putus berdoa agar allah bukakan hati ibunya untuk menerimanya seperti adik-beradik yang lain.

Kurnia memandang seorang demi seorang raut wajah adik-adiknya, tak tergamak untuk dia menjentik atau memukul adik-adiknya sendiri..tapi kenapa ibunya tidak ada perasaan sepertinya.... dia membaringkan diri sambil memandang langit-langit yang sudah lusuh warnanya, dia memikirkan masa depannya yang tak tahu apa akan terjadi, tiba-tiba telinganya terdengar perbualan ayah dan ibunya..

'Yam...tak baik garang sangat pada anak..lagi-lagi Kurnia, diapun ada perasaan'
'Abang ni kenapa! asik-asik Kurnia... biarlah dia kena marah..budak-budak mana boleh bagi muka sangat'
'Kenapalah awak suka sangat buat dia macam tu? apa salah Kurnia pada awak?'
'Saya tak suka dia dari dulu lagi... dia bodoh...buruk pulak tu...saya malu ada anak perempuan hodoh macam dia tu...hitam!!!!'
'Astagfirullahallazim...mengucap Yam...walaupun dia bukan dari darah daging saya kenapa saya boleh terima dia...kenapa tidak awak? sedangkan awak tahu salah awak...awak tak sedar..'
'Diam...kau jangan sibuk, jantan bodoh'
'Yam!! abang ni suami awak'
'Sudahlah...malas aku nak dengar nama Kurnia malam-malam buta ni... benci aku tengok muka kau dengan dia tu!'

Kurnia tersentak mendengar perbualan mereka, hatinya jadi berdebar-debar..

'Ha...aku ni anak siapa sebenarnya? anak luar nikah ke? apa yang cuba mereka perkatakan tentang aku? sebab itu ke Ibu benci sangat pada aku..Ya Allah apa semua ni...salah aku ke? kenapa aku Ya Allah kau uji sebegini?' air matanya jatuh jua ke pipi..ingin ditanya kepada kedua-dua orang tuanya takut ditampar oleh ibunya, tapi hati dan batinnya meronta-ronta ingin tahu kisah disebaliknya.

Mariam hanya mendiamkan diri..merenung tajam ke arah suaminya itu, suaminya tahu dia terlepas cakap tapi itulah kenyataan yang harus diterima, Kurnia bukanlah anak dari benih Harun suaminya itu, tapi hubungan terlarang dari bekas kekasihnya dahulu, bekas kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya maka Mariam dipaksa berkahwin dengan Harun yang dikenali sebagai 'lurus bendul' di kampungnya demi menutup malu... tapi Harun menerima anak itu dengan gembiranya walaupun dia tahu itu bukan dari darah dagingnya sendiri...Sehingga kini mereka rahsiakan dari pengetahuan Kurnia, Harun tak mahu anak gadisnya itu rasa terhina dan terpinggir darinya bila dia tahu Kurnia adalah anak luar nikah ibunya sendiri, dia terlalu sayangkan Kurnia kerana Kurnia adalah anak yang tak pernah membantah cakap dan rajin membantunya..

Malam itu Kurnia tertidur diiringi air mata... anak sekecil itu tidak tahu apa tujuan dia untuk hidup, tidak tahu masa depannya yang telah dihancurkan oleh ibunya sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 comments:

Anonymous said...

cik jelita..sila check ejaan anda pd siri 1 cerpen ini...TATAKALA yg sepatutnya TATKALA..

sekian, terima kasih.

cpt skit update..hehehe

Siti Fazilah said...

Sedihnye cerpen.. sob sob sob..

Yatie Ahmad said...

sangat enak membaca cerpenmu kali ini....ya sangat sedih....