umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

28 September 2010

majlis kawin kawan kami

majlis berlangsung di ampang, kami datangpun dah lewat pukul 3.00 petang baru sampai... catering dah kemas2 nak balik...mmmmmmmmmmm bosannyer pergi majlis kawin dekat bandar ni cepat nor habis, biasalah buat kat dewan... nama je majlis kawin kawan kami tapi aku tak hambikpun gambor si pengantin tur... tetiba malas nak hambik gambar mereka..so aku hambik gambar pengantin lama ni...


NUkilAn UntUK si AYaH

ayah ~ tatakala dikau tiada dirumah kerana merajinkan diri untuk outstation maka berkelanalah anak dara mu sepanjang tempoh ke'outstation' dirimu...


ayah ~ daku tidur tak lena sebab dikejutkan oleh anak daramu itu..yang meronta2 dan bertalu2 menanyakan akan dirimu...'mi....ayah...nak ayah...' tidurku tidak lena diulit mimpi indah tapi mimpi ngeri... 'manalah ummi nak cari ayah pukul 3 pagi ni umai'...daku sebut macamtu anak daramu dah menangis...adoiyaiiiiiii... satu hal nak pujuk pagi2 buta ni....


ayah ~ betapa dikau tak tahu yang bini mu ini sampai nak terkeluar biji mata melayan perasaan anak dara mu itu kerana tidur tak lena mandi tetap basah... tidurnya tergangu dek kerana tiada bau badan mu yang harum tu disebelah dirinya..


ayah ~ kalau dikau nak tahu, aku balut seluruh badan anak dara mu itu dengan baju yang dikau dah pakai tergantung cantik belakang pintu dengan harapan dia tidur lena... seperti tidak percaya anak daramu itu merelakan bajumu itu dililiti seluruh badan nya... nasib diriku tak pakaikan UN***W**R mu dibadannya biar hilang rindu sikit


ayah ~ sepanjang malam dia merengek..balik2 cium bajumu itu... kalau dikau nak tahu binimu ini rasa macam nak menangis tengok keadaan dia ketika itu... pukul 5 pagi baru anak daramu itu tidur lena... kesian anak dia...


ayah ~ ketahuilah anak daramu itu adalah 'anak ayah' macam mana daku nak buat lagi 3 hari menanti dikau balik dari 'outstation'


ayah ~ bukan daku tak merinduimu juga... tapi daku merinduimu taklah seteruk anak daramu itu... ohhhhhhhh sakit biji mata kurang tidur ayah... binimu dah macam beruang panda pergi ke opis...


ayah ~ sehingga pagi tadi, bila daku bangun dari tidur..bajumu masih dipeluk oleh anak daramu itu... sian anak ayah..dan daku tahu jua dikaupun tidur tak lena sebab tak tengok muka anak daramu sebelum tidur...semalam dikau lambat call daku dah tidur tak ingat dunia..pagi tadi dikau berebut call menanyakan anak daramu jer...daku kau tak tanya yek...ok ke tak? gila ke tak? waras ke tak? dikau memang ayah....hikhikhikhik

24 September 2010

Keadaan Hari Kejadian...

Entah apa aku nak merepek dlm entry kali ni... 
orang ramai dah becerita pasal hari rayerkan. so akupun nak cerita sikitlah rayer aku tahun ni... tahun ni sepatutnya giliran beraya dirumah En. Marjom iaitu bapak akulah tapi tahun ni rayer pertama di rumah mertua aku sebab kakak ipar aku beraya di Sabah rumah mertua dia... aku kesian kat mak mertua aku so akupun ubah jadual rayer pertama dirumah mertua... poyo je aku yek... sama je meriahnyer raya kat mana2, yang penting aku happy, cik mairah happy dan en wan happy...


rayer cuti 12 hari termasuk sabtu, ahad dan hari 1 Malaysia... puas jugalah lama2 kat kampung, lepas rindu gak kat family aku... seronoknya rayer tahun ni bila aku tengok cik mairah dapat banyak duit raya....hohohoho... balik kampung kali ni ramai yang berhati  mulia dan murni menjaga cik mairah... dari adik ipar aku hingga kakak2 aku dan anak2 buah aku semua rajin melayan cik mairah so aku dan suami goyang kaki heheheeeeee, sempat gak main mercun bila ada orang jaga cik mairah tur...


rayer tahun ni jugak dapat pergi rumah kengkawan... kira reunion rayerlah tahun ni...biasalah ketua mestilah laki aku juga yang handle...aku merangkap PA(Pengasuh Anak) heheheeee, ramai gak yang join 12 rumah kitaorg serbu... dari pagi sampai malam... tak ke kengkang dibuatnya... aku dah macam perempuan tak betul melayan kerenah cik mairah yang tak reti duduk diam... habis semua pintu rumah orang dia pergi nak ditutup... dengan semangat yang sakit perut aku teruskan gak aktiviti beraya tur... mana tak sakit perut... minum air gas, kuih macam2 rasa, cerit berit pun ada diwaktu itur... tapi nasib beli pil POCAI... 


malas dah aku nak bercerita macam nenek kebaya... nak tunjuk gamborpun tak banyak mana gambor aku snap.... tengok ajelah gambor2 yang tak tentu arah ni k... 

family mertua aku

posing timur barat

posing paling sopan 

cik mairah yang kecoh bersama lelaki2 yang suka membuli aku

tak dapat buli aku..diaorang buli anak aku...ayah cik mairah pun 2x5 jer

sepupu belah suami aku ler ni... kitaorg je yang dah kawin dulu... 
so diaorg cakap kitaorg dah tua..

aku ke poyo? atau dia?

20 September 2010

~Ainul Mardhiah~

selamat hari raya aku ucapkan kepada semua rakan dan taulan yang aku kasihi dan ingati... raya tahun ni seperti biasa... seronok tengok budak2 kutip duit raya jer... dalam keseronokan itu juga ada berita yang menyedihkan buat aku..

pada 11/9/2010 raya kedua pukul 8.43 pm aku terima SMS dari EO yang dia terima dari En Hadi...

"Assalammualaikum...malam tadi dalam pukul 11, anak saya Ainul Mardhiah telah sampai serunya... dan telah  selamat dikebumikan pagi tadi... sedekahkan al-fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat... amin.."

Ya Allah... begitu hebat dugaan yang kau berikan pada En. Hadi... aku jadi sebak..tak keruan terima sms tu... macamana dia dan isteri menghadapi dugaan ini... pada hari raya semua orang bergembira tapi tidak mereka.......... Ya Allah... seandainya ini dugaan buat mereka, kau tabahkanlah hati mereka, murahkan lagi rezeki dan zuriat yang sihat dan sempurna buat En. Hadi dan Isteri..

En. Hadi... tabah dan kuatlah untuk hadapi semua ini... aku sebagai seorang insan yang telah menjadi ibu aku faham perasaan dia tatakala kehilangan anak yang dikasihi...

buat Ainul Mardhiah... dikaulah bidadari syurga yang cantik... semoga dirimu gembira disana dan sentiasa dilindungi dan dikasihi.... aku mengerti semua yang dikau berikan hanyalah sementara...

aku amat mengerti dan aku dapat rasai kesedihan hati ketika ini.. Ya Allah... hanya dikau yang maha mengetahui apa yang dikau lakukan...

Ainul Mardhiah kau seharum kuntuman ditaman syurga...menjadi bidadari yang harum dan wangi...

..............Al-Fatihah...................