umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

20 September 2010

~Ainul Mardhiah~

selamat hari raya aku ucapkan kepada semua rakan dan taulan yang aku kasihi dan ingati... raya tahun ni seperti biasa... seronok tengok budak2 kutip duit raya jer... dalam keseronokan itu juga ada berita yang menyedihkan buat aku..

pada 11/9/2010 raya kedua pukul 8.43 pm aku terima SMS dari EO yang dia terima dari En Hadi...

"Assalammualaikum...malam tadi dalam pukul 11, anak saya Ainul Mardhiah telah sampai serunya... dan telah  selamat dikebumikan pagi tadi... sedekahkan al-fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat... amin.."

Ya Allah... begitu hebat dugaan yang kau berikan pada En. Hadi... aku jadi sebak..tak keruan terima sms tu... macamana dia dan isteri menghadapi dugaan ini... pada hari raya semua orang bergembira tapi tidak mereka.......... Ya Allah... seandainya ini dugaan buat mereka, kau tabahkanlah hati mereka, murahkan lagi rezeki dan zuriat yang sihat dan sempurna buat En. Hadi dan Isteri..

En. Hadi... tabah dan kuatlah untuk hadapi semua ini... aku sebagai seorang insan yang telah menjadi ibu aku faham perasaan dia tatakala kehilangan anak yang dikasihi...

buat Ainul Mardhiah... dikaulah bidadari syurga yang cantik... semoga dirimu gembira disana dan sentiasa dilindungi dan dikasihi.... aku mengerti semua yang dikau berikan hanyalah sementara...

aku amat mengerti dan aku dapat rasai kesedihan hati ketika ini.. Ya Allah... hanya dikau yang maha mengetahui apa yang dikau lakukan...

Ainul Mardhiah kau seharum kuntuman ditaman syurga...menjadi bidadari yang harum dan wangi...

..............Al-Fatihah...................

No comments: