umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

28 September 2010

NUkilAn UntUK si AYaH

ayah ~ tatakala dikau tiada dirumah kerana merajinkan diri untuk outstation maka berkelanalah anak dara mu sepanjang tempoh ke'outstation' dirimu...


ayah ~ daku tidur tak lena sebab dikejutkan oleh anak daramu itu..yang meronta2 dan bertalu2 menanyakan akan dirimu...'mi....ayah...nak ayah...' tidurku tidak lena diulit mimpi indah tapi mimpi ngeri... 'manalah ummi nak cari ayah pukul 3 pagi ni umai'...daku sebut macamtu anak daramu dah menangis...adoiyaiiiiiii... satu hal nak pujuk pagi2 buta ni....


ayah ~ betapa dikau tak tahu yang bini mu ini sampai nak terkeluar biji mata melayan perasaan anak dara mu itu kerana tidur tak lena mandi tetap basah... tidurnya tergangu dek kerana tiada bau badan mu yang harum tu disebelah dirinya..


ayah ~ kalau dikau nak tahu, aku balut seluruh badan anak dara mu itu dengan baju yang dikau dah pakai tergantung cantik belakang pintu dengan harapan dia tidur lena... seperti tidak percaya anak daramu itu merelakan bajumu itu dililiti seluruh badan nya... nasib diriku tak pakaikan UN***W**R mu dibadannya biar hilang rindu sikit


ayah ~ sepanjang malam dia merengek..balik2 cium bajumu itu... kalau dikau nak tahu binimu ini rasa macam nak menangis tengok keadaan dia ketika itu... pukul 5 pagi baru anak daramu itu tidur lena... kesian anak dia...


ayah ~ ketahuilah anak daramu itu adalah 'anak ayah' macam mana daku nak buat lagi 3 hari menanti dikau balik dari 'outstation'


ayah ~ bukan daku tak merinduimu juga... tapi daku merinduimu taklah seteruk anak daramu itu... ohhhhhhhh sakit biji mata kurang tidur ayah... binimu dah macam beruang panda pergi ke opis...


ayah ~ sehingga pagi tadi, bila daku bangun dari tidur..bajumu masih dipeluk oleh anak daramu itu... sian anak ayah..dan daku tahu jua dikaupun tidur tak lena sebab tak tengok muka anak daramu sebelum tidur...semalam dikau lambat call daku dah tidur tak ingat dunia..pagi tadi dikau berebut call menanyakan anak daramu jer...daku kau tak tanya yek...ok ke tak? gila ke tak? waras ke tak? dikau memang ayah....hikhikhikhik

2 comments:

Jilah said...

sian maira...

stokinbusuk said...

sian lagi saya kak jilah..hikhik