umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

28 October 2010

hari2 yg mencabar buat cik mairah

dah 3 hari cik mairah aku demam.. tak berapa nak ok, bila malam je panas badan dia naik, semalam en. suami beli kelapa kira malam tadi ok sikitlah.. tidurpun dah boleh tendang2 aku, berputar 360 darjah kira dah ok sikit ler.. kalau demam dia tidur setatik je.. tak pulak 360 darjah. tapi kesian tengok dia tanpa suara, diam..aarggghhhh aku tak boleh kalau tak dengar suara dia satu saatpun, aku nak cik mairah sihat seperti sediakala. 


org2 dulu cakap kalau budak2 demam tandanya nak membesar.. tapi.... laki aku boleh keluarkan ayat power "mairah demam sebab nak tumbuh rambut kot ummi".. ko ni kenapa bang, tak cukup mumaiz tul... mulalah mulut bini ko ni nak bebel macam bontot ayam..


cik mairah lak demam kali ni banyak pulak ragam.. pantang nampak aku mesti suruh aku baring kat sebelah suruh belek muka dia..alahai anak aku ni, sedih aku tengok kau sakit cik mairah.. hope cepat sembuh k, nanti boleh kita balik kampung minggu ni... kalau mairah tak sembuh makanya tak balik ler kg kita minggu ni ye en. suamiku yg chubby...




time ni aku nak sembahyang.. boleh pulak cik mairah si budak demam ni baring kat sejadah menyanyi 'buai laju2 versi pelat dia' bila salah lirik pandang arah aku yg tengah rukuk 'mi..patlah nyi' aku bagai nak pecah perut gelak.. terbatal sembahyang aku.. ko ni demam2 pun sibuk nak menyanyi.

'mamai...kalau ummi lupa sembur air kat kepala jgn lupa sembur sendiri ye' 

nilah keje nye.. tak bantal busuk jadi mangsa anak patung ni jadi mangsa dia berbual2 'yam...yam..dor..dor..mamai mam ni'
(diam-diam, tidur-tidur, mamai demam ni)


ni ler ubat yang ko perlu makan cik mairah, nak makan ubat pun bercinta nasib lah ayah ko pandai putar belit alam nak bagi ko makan ubat, penat menyanyi kena menari pulak si tukang pemberi ubat tu.. nasib ko lah bang ooiii

20 October 2010

melepaskan keluhan

semalam balik keja... aku terkejut kecik sebab ada empat bonggol dibuat di kawasan taman perumahan aku sebab nak elak kereta bawak laju di taman aku. memang aku tak nafikan baik kereta ke, motor ke, basikal ke memang laju kalau lalu lintas taman aku tu nak kejar apapun aku tak tahu.. kadang2 takut nak ajak cik mairah jalan2 beriadah waktu petang. mmmm
jgn tak tahu ada pulak orang komplen bonggol banyaklah... bonggol tinggilah.. habistu yg korang bawak laju2 sape suruh? bodoh ye tak tahu kawasan tu taman perumahan? bodoh ye tak tahu kalau2 ada budak2 main kat situ... bagus gak bonggol tercipta dikawasan  taman aku tu... kakak yg naik kereta persona warna unggu no plat CCD 1947 yang bawak laju bagai orang giler dah tak lalu taman tur... lalu taman belakang lak..heeeee padan muka kau perempuan! macam kau sorang pandai bawak kereta laju2.. nak laju2 pilah litar sepang..cit pooorahaahhh! lepas tu berlagak lak!
kepada pembawa kereta yang ketagih bawak kereta laju2 macam ribut tu padan muka korang, tak dapatlah korang nak tunjuk tera lagi kat taman aku tur kwang..kwang..kwang..

18 October 2010

selamat ulang tahun anakku 17/10/2010

17/10/2010 ahad adalah ulang tahun Nur Hannah Umairah yg ke 2 tahun..mmmm dah besar anak ummi.. 
embah, mak tok, mak long dan maman sanggup datang dari kampung semata2 nak sambut birthday mairah... ummi sangat2 terharu... umairah tiada apa yang boleh ganti kasih sayang ummi dan ayah untuk umairah, umairahlah nyawa ummi dan ayah... 
disaat dikau senyum,menangis,ketawa,merajuk,marah,memberontak,loyar buruk... itulah warna warni dalam hidup ummi dan ayah..kini bila dikau sudah berusia 2 tahun ummi rasa macam sekejap sangat. 
bermacam2 dugaan yg ummi dan ayah hadapi ketika ingin memilikimu dan menanti kehadiranmu dan bila lahirnya dikau Nur Hannah Umairah, hidup ummi dan ayah berubah, satu kehidupan yang amat indah.. biarlah orang nak kata anak ummi ni apa sekalipun hodoh ke, buruk ke, tak comel ke,  yang penting dikau adalah zuriat ummi dan ayah. 

Selamat Hari Jadi Sayangku Nur Hannah Umairah

Ya Allah~
engkau jadikanlah anak aku seorang anak yg soleha,
anak yg sentiasa utamankan keluarga,
anak yg sentiasa sayangkan ummi dan ayah,
anak yg sentiasa hormati org tua,
anak yg sentiasa disayangi dan disenangi oleh keluarga,
anak yg sentiasa dilimpahi dgn rezeki yg baik2,
anak yg sentiasa tabah dgn dugaan yg mendatang,
anak yg berjaya dunia dan akhirat,
amin...ya rabal alamin






tak sangka mak dan opah (pengasuh) sambut birthday mairah juga petang semalam, patutlah mak dan opah bersungguh2 suruh kita semua datang ke rumah opah rupa2nya mereka semua nak sambut birthday mairah, terima kasih mak...terima kasih opah...terima kasih semua...sebab raikan hari jadi mairah..ummi terharu sangat...







Pabila dia belajar sesuatu


jap eh... mai nak pakai sendiri

step 1...kaki mana je yg termasuk dulu

step 2.. masukkan dua kaki 

step 3.. baring sambil angkat kaki, supaya senang sampai punggung

step 4... berdiri supaya seluar berada dikedudukan yg betul

step 5...akhirnya...kau berjaya jua mairah walaupun depan tu nampak tertutup tapi belakang nampak pampers... satu usaha yang bagus anakku...cayok..cayok...


korang tengoklah gelagat cik mairah tatakala bertegas untuk memakai seluarnya sendiri...

13 October 2010

pejam matapun masih boleh cari B***K

B***K tu dalam bahasa jawanyer bantal bacen.. cik mairah dan bantal busuk ibarat irama dan syair..
malam kelmarin mengamuk dalam keadaan mata terpejam sebab mencari bantal bacen yg tercampak entah kemana..




lebih rela cium bantal busuk dari aku... nama bantal busuk cik mairah ni kami panggil 'bubu'

tima tacih

aku just nak ucapkan thanks a lot kat si nurul coz sudi menemankan aku with cik mairah pabila ketiadaan suamiku dirumah..
cik mairahpun enjoy ada kawan sebab acik nurul pandai layan... taklah sangat cik mairah mengingat pada ayah... if nurul tak ada maybe cik mairah berkelana mengingatkan ayah... 

tapi kesian gak nurul kena buli cik mairah je... cik mairah tu mulut bising, loya buruk, main ganas2 abis nurul kena belasah...nasib nurul sabor heeeee


thanks ye dik... sorry kacau hari2 bujang anda...



01 October 2010

tak tentu arah

open house oh open house.. nak habis bulan syawal ni banyak pulak open house... open house bahagian dah tamat dan selesai, open house kementerian pun dah selesai.. maka bulan syawal ni badan makin montel2 sebab tak sempat nak puasa 6, entah bila aku nak buat ni...ishish.. 


Open house Bahagian TW
puteri-puteri gunung ledang sedang bersantap setelah penat membasuh baju di tepi parit
pertandingan kira semut atas meja
makan berdiri bila dah penat duduk
gengster kampung jering... yang paling kecik tu ketua..hikhikhik

Open house Kementerian di INFRA
nurul: Ahmad jomlah kita naik motor ni
Ahmad: apak gilak ko..aku endak ada lesen, mau matik kah kitak. (ye ke...ada bunyi2 mcm sleng sabah tak hihih)
3 versi.. versi anak dara(lela) versi emak ada anak dara(aku) versi mak dara pregnant(kak tie)
kamilah geng..geng..geng bas sekolah..
kat mana2 ada kami... popularlah katakan..
kami juga... gambar ni comey..aku suka..semua manusia dalam pic ni comey dan santek2 belaka...hikhikhik
tak tentu arah

Ayah... KAu Jumpa Gak Jalan PULANg...

Ayah ku pulang dari kota...tet..tet...
Ayah ku belikan keropok... keropok ikan warna merah.
bolehlah ummi bawak pergi ke opis..
pon..pon..pon.. mairah beleter macam bunyi hon..
cepatlah ayah cepat balik...anak daramu dah tentu arah...

Ayah.... akhirnya...dikau yang kucintai jumpa gak jalan pulang setelah mengembara ke beberapa pelusuk negeri menjalankan tugas kerana kerajinanmu itu sebagai penjawat awam...(poyo)...
betapa gembira cik mairah mendengar berita dikau nak pulang abang ooiii tak habis2 suruh bini mu yang agak suku ni ambik handphone suruh call dikau bang ooiiiiii..
dah tak larat nak melayan binimu ni suruh je tunggu sampai dikau bukak pagar... bunyi je kunci pagar dibuka...terus cik mairah jerit "ummi!!!! ayah lik..!ye..ye...ayah lik".. excited cik mairah wey...
terlompat2, terjerit2.... siap cium tangan ayah berpuluh2 kali... sian anak dara dikau bang oii..


akupun ada perasaan rindu gak kat dikau bang... tapi baru je binimu ni sentuh dikau. anak daramu dah marah2.. macam dikau kepunyaan dia seorang.. hikhikhik


dikau tak tahu bang, sebelum kau sampai rumah dia asik2 belek2 gambar dikau kat bingkai gambar tu... macam orang dilamun cinta.. tapi bang aku bersyukur dikau dah balik sebab aku boleh tidur dengan aman, tenteram dan lena.. dan cik mairahpun boleh tidur lena, aman dan tawaduk..tak lagi meracau2 berkelana nak tidur mencium bajumu dan gambarmu.


Aksi2 sebelum menyambut ketibaan Ayah kamu.. penat ummi suruh posing aksi sopan2 tapi sebab dah teruja tunggu ayah nak balik cik mairah posing tak tentu arah..

pandaipun posing jelita-jelita sikit...  adik manis..kasi senyum juga..

suka hati kamulah cik mairah nak posing gaya bebas asal kamu berasa tenang dengan perbuatan kamu itu..hikhik

Akhirnya....malam semalam dikau tidur lena cik mairah.... begitu juga ummi..hehehehehehehe