umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

28 October 2010

hari2 yg mencabar buat cik mairah

dah 3 hari cik mairah aku demam.. tak berapa nak ok, bila malam je panas badan dia naik, semalam en. suami beli kelapa kira malam tadi ok sikitlah.. tidurpun dah boleh tendang2 aku, berputar 360 darjah kira dah ok sikit ler.. kalau demam dia tidur setatik je.. tak pulak 360 darjah. tapi kesian tengok dia tanpa suara, diam..aarggghhhh aku tak boleh kalau tak dengar suara dia satu saatpun, aku nak cik mairah sihat seperti sediakala. 


org2 dulu cakap kalau budak2 demam tandanya nak membesar.. tapi.... laki aku boleh keluarkan ayat power "mairah demam sebab nak tumbuh rambut kot ummi".. ko ni kenapa bang, tak cukup mumaiz tul... mulalah mulut bini ko ni nak bebel macam bontot ayam..


cik mairah lak demam kali ni banyak pulak ragam.. pantang nampak aku mesti suruh aku baring kat sebelah suruh belek muka dia..alahai anak aku ni, sedih aku tengok kau sakit cik mairah.. hope cepat sembuh k, nanti boleh kita balik kampung minggu ni... kalau mairah tak sembuh makanya tak balik ler kg kita minggu ni ye en. suamiku yg chubby...




time ni aku nak sembahyang.. boleh pulak cik mairah si budak demam ni baring kat sejadah menyanyi 'buai laju2 versi pelat dia' bila salah lirik pandang arah aku yg tengah rukuk 'mi..patlah nyi' aku bagai nak pecah perut gelak.. terbatal sembahyang aku.. ko ni demam2 pun sibuk nak menyanyi.

'mamai...kalau ummi lupa sembur air kat kepala jgn lupa sembur sendiri ye' 

nilah keje nye.. tak bantal busuk jadi mangsa anak patung ni jadi mangsa dia berbual2 'yam...yam..dor..dor..mamai mam ni'
(diam-diam, tidur-tidur, mamai demam ni)


ni ler ubat yang ko perlu makan cik mairah, nak makan ubat pun bercinta nasib lah ayah ko pandai putar belit alam nak bagi ko makan ubat, penat menyanyi kena menari pulak si tukang pemberi ubat tu.. nasib ko lah bang ooiii

No comments: