umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

17 January 2011

Perasaan aku dan Kesedihan aku

malam kelmarin call mak... aku terlalu rindu kan mak and bapak...rasa dah lama tak balik kampung wahal baru je lepas balik...


"semalam telefon mak, tapi mak dah tidur.."
"a'ah ela.. mak tidur awal.. badan nyer penat.. ye ditidurkan.. kau telefon mak yek.."
"a'ah... rindu kat mak dah lama tak dengar suara mak.. telefon je mak tak ada" tetiba air mata aku berlinang... serta merta aku menangis teresak2...


aku tak tahu kenapa perasaan aku masa tu terlalu2 sedih..


"kau kenapa ella...selalu tak macam ni..menangis teresak-esak... buat malu je kalau mairah dengan wan tengok"
"rindu kat mak dengan bapaklah..."
"iyelah.... nantikan raya cina balik kg..boleh jumpa mak, dah jangan nangis2 macam budak kecik je"
lagi hebat airmata aku keluar macam air terjun..


"mak...orang minta maaf ye kalau ada buat salah, mak maafkan orang ye... doakan orang berjaya ye"
"salah apa ni? kau ni kenapa? mak tak ada terasa apa2 pun pada kau, kalau rasa rindu telefon jelah mak..."
"tapi telefon rumah mak tak boleh nampak muka"
"iye tak ape...dengar suara je tak ape kok"


aku pernah teringat kata2 mak dan bapak suatu masa dulu hingga kini..


(1)
"mak...bulan ni orang tak dapat bagi duit banyak... ni untuk mak dengan bapak"
"tak payah lah ella... bapak dengan mak tak ingin pun duit kau ni.. mak faham kau duduk jauh..dah kahwin..banyak kena pakai duit... mak dah cukup gembira tengok kau sihat..wan sihat...mairah sihat... yang penting korang semua selamat...duit tak penting bagi mak tapi yang penting kau balik kampung pun dah cukup... simpan duit tu..bagi mairah je..takpun buat duit minyak dan tol"
"mak duit ni wan bagi bukan ella... mak ambiklah buat beli2 lauk ke.."
"alah wan... takpelah simpan duit tu..tiap2 kali balik bagi kat mak je..tak pelah masuk tabung mairah je.."


(2)
"bapak....minggu ni insyaallah ella balik kampung..sampai dalam pukul 1 pagi kot"
"lah kau nak balik kampung ke? kan awal bulan aritu dah balik... ni nak balik lagi... nanti habis duit kat jalan je... penat ella... tak payah balik.. duit tu simpan..."
"ye tak apa... balik kan nak tengok mak dengan bapak" dalam hati dah sedih bapak tahan jangan balik...isk..isk..isk..
"iyelah...kalau balik nanti hati2... kalau mengantuk suruh wan berhenti dulu... jangan kelam kabut janji slemat sampai ye..."


sungguhpun diaorang halang aku untuk beri sesuatu..sungguhpun diaorang halang aku untuk balik menjenguk diaorang tapi selagi allah panjangkan umur aku..aku akan tetap beri apa yang termampu dan aku tetap akan balik jenguk mereka.. rezeki aku bukan untuk aku seorang tapi untuk mak bapak aku juga... 


aku takut aku tak boleh bahagiakan mereka..aku takut jadi anak yang derhaka...

06 January 2011

semalam yg berlaku


semalam elektrik termati seketika selama 1 jam...dari kul 7 - 8 mlm... kebetulan si suami pulang awal..maka si isteri dan si anak sungguh gembira kerana ada member join kegelapan... maka alkisah terdamporlah si tiga beranak ni like duyung and dugong di tepi pantai menikmati sauna dalam kegelapan..


"mi..lampu abis.."
"aaa...lampu abis, mairah jgn main dekat dgn lilin ye nanti rambut terbakar.."
"mi... rambut abis"
"mmm... suka hatilah mairah...kau ni sepatah ummi cakap dua ribu patah soalan kau tanya kang"


menyesal tak masak awal2... aku sebenarnya semalam malas nak masak awal sebab nak join mairah tengok kartun... dan kebetulan juga en suami balik sebelum pukul 7 dan tiba2 je lampu terpadam...alamak!!! tak ada karen.. nasib aku masak nasi awal.. maka dengan bertemankan lilin aku masak juga lauk.. entah apa aku masukkan dalam sayur pun aku tak tahu... nasib masa nak makan lampu dah ada.. takut juga masak2 termasuk benda asing like lipas, cicak... what cicak!!!!!! semalam ada seekor cicak hampir masuk kereta... aku dah gelabah binatang ni masuk dalam kereta...


"mi...tadikan ada cicak hampir2  nak belok masuk kereta" 
"jahat!!! abang jgn yek... kang tak pasal saya bawak kereta masuk longkang!..buang cicak tu cepat"
"eeiii tak paham tul... abang cakap cicak tu hampir2 bukan dah masuk... tak paham jawapan ke"
"oo...heeee... takut dia masuk je... kalau masuk kainkan bahaya.."
"mi tu nampak cicak macam nampak hantu... cicak tak ada gigilah nak gigit.."


tolonglah cicak ko jgn nak berkelana bersuka ria dalam kereta aku ye... aku bukan takut ko cuma aku segan dengan ko tu..badan lembek.. nampak segala isi perut...eikkk

03 January 2011

teruk sangat ke aku?

aku tak tahu kenapa orang disekeliling aku terlalu sibukkan hal hidup aku.. aku terasa sangat bila orang suka membandingkan aku dan suami dengan pasangan yang lain..


"tengok tu...tunang doktor... sama2 kerja doktor.. hidup terjamin.."
"kenapa korang tak sambung belajar? tak kan sampai mati nak keja macam ni?"
"anak dia ada PHD..!!!:
"anak orang tu baru balik oversea"
"orang tu kawin dgn PTD, dapat rumah dan kereta lagi... bagus kawin dgn PTD, gaji beribu2"
"nanti kalau kawin cari perempuan yang ada kelulusan tinggi, yang setaraf bukan setakat SPM je.." 


tak pernah puji aku dan suami... terasa terasing sangat wahal ahli keluarga sendiri... aku tahu dimana takat kemampuan aku... bukan aku tak nak berubah jadi yang terbaik..aku tahu orang yg bercakap tu nak kami jadi yang lebih baik tapi... kenapa perlu banding2kan kami dengan org2 seperti di atas... selama kami kawin, kami tak pernah meminta duit pada sesiapa.. kami bangun sendiri dari hidup susah hingga ke hari ni.. 


tapi kenapa... aku tak suka org memandang rendah pada suami aku... dia suami aku, aku tahu dia cuba buat yg terbaik untuk aku dan anak aku... tapi orang disekeliling kami tak faham... baru aku tahu zaman sekarang orang tak pandang pandai buat kerja didapur, pandai jaga anak dan suami tapi orang pandang PHD, belajar kat oversea dan mcm2 lagi...


bertimbun2 tekanan yang perlu aku hadapi... dalam aku suka orang tak tahu aku berduka, dalam aku ketawa orang tak tahu aku menangis... aku nak pergi jauh dari mereka tapi suami cakap..
"ummi biarlah orang tak pandang kita, hanya kita tau apa yang kita buat, kita dihina sekarang tapi suatu hari nanti kita dipandang mulia... kita diam tak bererti kita kalah, ayah tak nak ummi terlalu merendah diri dengan apa yang ummi ada"


aku doakan semoga orang yang menghina kami tu berubah dan semoga allah bukakan pintu hati kamu untuk menginsafi diri sendiri...


aku sedih...tertekan.....marah....benci...putus asa.....marah...marah...sedih...sedih.... tapi tak boleh nak luah dengan kata2 cuma air mata...

percutian yang tak dirancang

first aku nak ucapkan selamat tahun baru (2011) kepada semua kengkawan, semoga apa yang kalian hajati akan tercapai amin...
second aku nak ucapkan terima kasih kepada pemain bola sepak malaysia sebab kemenangan mereka kita semua dapat cuti peristiwa hari jumaat... pergh... tak sia2 aku menjerit2 sokong korang tau...
oleh sebab itu aku menyahut cabaran kakak and abg ipar aku untuk ke cameron.. kitaorg naik cameron tu pukul 10.00 mlm sampai kat cameron 12.30 mlm...penuh cabaran memandu ke atas sana dengan bertemankan hari yang gelap, kabus yang sejuk, selekoh yang tajam tapi kami rempuh jua rintangan tersebut dengan doa, tawakal dan MINYAK ANGIN CAP KAPAK!!!!... cik mairah dah muntah.. habis baju aku bau muntah... aku apatah lagi nak muntah juga gamaknyer... tiga beranak bertemankan minyak cap kapak... bergilir2 menyapu minyak... nasiblah cik mairah redo...


"ayah nak muntah ke?"
"tak..cuma pening..tapi macam nak muntah.. minyak kapak mana?"
aku tonyoh je kat kepala en suami dengan harapan dia tak mengantuk dan tak mabuk dengan selekoh2 tajam tu.. seram siot...


"lambat lagi ke nak sampai ayah?"
"setengah jam lagi...minyak dah kuning ni... tak pasal2 kena tolak kang, stesen minyak dah tutup.. hotel atas bukit nun jauh disana..mmmmmmmm"


alamak....buat suspen lak mamat ni... aku tak habis2 mengucap, selawat, doa makan, doa masuk tidur pun aku baca.. gabrah semacam...nasib allah murahkan rezeki kami...sampai gak hotel tu... fuh sejuk.. dengan kabus tebal...
esok pagi bangun terus buat aktiviti berjalan2... tempat popular ladang strawberry and ladang teh... mmm tak banyak tempat yang boleh pergi sebab sama je benda yang kita jumpa..sayur, buah2an, pokok bunga, mamat2 bangladesh yang bekerja kat situ.. kengkang juga habiskan berjalan satu hari.. apa tak nyer semua tempat berbukit kena panjat tangga... aku ni dah macam nyonya kengkang kalau berjalan, sampai ke hari ni sakit kaki masih terasa..
tapi hilanglah juga stress aku 50% yang berkepuk dalam kepala otak ni... seronok berjalan2 dengan family ... dan tak sangka tahun baru kali ini kami sambut di cameron.. aku tetap enjoy!






























selamat tinggal 2010, dan selamat datang 2011 harapan dan doaku semoga ada sinar baru menerangi kehidupanku bersama keluarga ku