umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

17 January 2011

Perasaan aku dan Kesedihan aku

malam kelmarin call mak... aku terlalu rindu kan mak and bapak...rasa dah lama tak balik kampung wahal baru je lepas balik...


"semalam telefon mak, tapi mak dah tidur.."
"a'ah ela.. mak tidur awal.. badan nyer penat.. ye ditidurkan.. kau telefon mak yek.."
"a'ah... rindu kat mak dah lama tak dengar suara mak.. telefon je mak tak ada" tetiba air mata aku berlinang... serta merta aku menangis teresak2...


aku tak tahu kenapa perasaan aku masa tu terlalu2 sedih..


"kau kenapa ella...selalu tak macam ni..menangis teresak-esak... buat malu je kalau mairah dengan wan tengok"
"rindu kat mak dengan bapaklah..."
"iyelah.... nantikan raya cina balik kg..boleh jumpa mak, dah jangan nangis2 macam budak kecik je"
lagi hebat airmata aku keluar macam air terjun..


"mak...orang minta maaf ye kalau ada buat salah, mak maafkan orang ye... doakan orang berjaya ye"
"salah apa ni? kau ni kenapa? mak tak ada terasa apa2 pun pada kau, kalau rasa rindu telefon jelah mak..."
"tapi telefon rumah mak tak boleh nampak muka"
"iye tak ape...dengar suara je tak ape kok"


aku pernah teringat kata2 mak dan bapak suatu masa dulu hingga kini..


(1)
"mak...bulan ni orang tak dapat bagi duit banyak... ni untuk mak dengan bapak"
"tak payah lah ella... bapak dengan mak tak ingin pun duit kau ni.. mak faham kau duduk jauh..dah kahwin..banyak kena pakai duit... mak dah cukup gembira tengok kau sihat..wan sihat...mairah sihat... yang penting korang semua selamat...duit tak penting bagi mak tapi yang penting kau balik kampung pun dah cukup... simpan duit tu..bagi mairah je..takpun buat duit minyak dan tol"
"mak duit ni wan bagi bukan ella... mak ambiklah buat beli2 lauk ke.."
"alah wan... takpelah simpan duit tu..tiap2 kali balik bagi kat mak je..tak pelah masuk tabung mairah je.."


(2)
"bapak....minggu ni insyaallah ella balik kampung..sampai dalam pukul 1 pagi kot"
"lah kau nak balik kampung ke? kan awal bulan aritu dah balik... ni nak balik lagi... nanti habis duit kat jalan je... penat ella... tak payah balik.. duit tu simpan..."
"ye tak apa... balik kan nak tengok mak dengan bapak" dalam hati dah sedih bapak tahan jangan balik...isk..isk..isk..
"iyelah...kalau balik nanti hati2... kalau mengantuk suruh wan berhenti dulu... jangan kelam kabut janji slemat sampai ye..."


sungguhpun diaorang halang aku untuk beri sesuatu..sungguhpun diaorang halang aku untuk balik menjenguk diaorang tapi selagi allah panjangkan umur aku..aku akan tetap beri apa yang termampu dan aku tetap akan balik jenguk mereka.. rezeki aku bukan untuk aku seorang tapi untuk mak bapak aku juga... 


aku takut aku tak boleh bahagiakan mereka..aku takut jadi anak yang derhaka...

No comments: