umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

03 January 2011

percutian yang tak dirancang

first aku nak ucapkan selamat tahun baru (2011) kepada semua kengkawan, semoga apa yang kalian hajati akan tercapai amin...
second aku nak ucapkan terima kasih kepada pemain bola sepak malaysia sebab kemenangan mereka kita semua dapat cuti peristiwa hari jumaat... pergh... tak sia2 aku menjerit2 sokong korang tau...
oleh sebab itu aku menyahut cabaran kakak and abg ipar aku untuk ke cameron.. kitaorg naik cameron tu pukul 10.00 mlm sampai kat cameron 12.30 mlm...penuh cabaran memandu ke atas sana dengan bertemankan hari yang gelap, kabus yang sejuk, selekoh yang tajam tapi kami rempuh jua rintangan tersebut dengan doa, tawakal dan MINYAK ANGIN CAP KAPAK!!!!... cik mairah dah muntah.. habis baju aku bau muntah... aku apatah lagi nak muntah juga gamaknyer... tiga beranak bertemankan minyak cap kapak... bergilir2 menyapu minyak... nasiblah cik mairah redo...


"ayah nak muntah ke?"
"tak..cuma pening..tapi macam nak muntah.. minyak kapak mana?"
aku tonyoh je kat kepala en suami dengan harapan dia tak mengantuk dan tak mabuk dengan selekoh2 tajam tu.. seram siot...


"lambat lagi ke nak sampai ayah?"
"setengah jam lagi...minyak dah kuning ni... tak pasal2 kena tolak kang, stesen minyak dah tutup.. hotel atas bukit nun jauh disana..mmmmmmmm"


alamak....buat suspen lak mamat ni... aku tak habis2 mengucap, selawat, doa makan, doa masuk tidur pun aku baca.. gabrah semacam...nasib allah murahkan rezeki kami...sampai gak hotel tu... fuh sejuk.. dengan kabus tebal...
esok pagi bangun terus buat aktiviti berjalan2... tempat popular ladang strawberry and ladang teh... mmm tak banyak tempat yang boleh pergi sebab sama je benda yang kita jumpa..sayur, buah2an, pokok bunga, mamat2 bangladesh yang bekerja kat situ.. kengkang juga habiskan berjalan satu hari.. apa tak nyer semua tempat berbukit kena panjat tangga... aku ni dah macam nyonya kengkang kalau berjalan, sampai ke hari ni sakit kaki masih terasa..
tapi hilanglah juga stress aku 50% yang berkepuk dalam kepala otak ni... seronok berjalan2 dengan family ... dan tak sangka tahun baru kali ini kami sambut di cameron.. aku tetap enjoy!






























selamat tinggal 2010, dan selamat datang 2011 harapan dan doaku semoga ada sinar baru menerangi kehidupanku bersama keluarga ku

2 comments:

Siti said...

wah seronoknye u dan jelesnye i..

bile taun la i nak menjejak kaki ke situ etek eh..?

stokinbusuk said...

tak pe.. nanti akak pergilah melancong juga... insyaallah ada rezeki pi sana...