umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

27 February 2011

PEDAS DAN PANAS

mesti korang tak faham kan... heeeee, hari sabtu lepas en. suami ajak aku pi Wet World Air Panas kat Pedas, soromban... pergi dalam pukul 10.00 pg sampai dalam pukul 11.00 pg. sampai sana pun dah tengahari, apa lagi aku and the gengs (en. suami, adik ipar aku si gg and ijat and cik mairah berendam sampai ireng(hitam)... cik mairah macam pergi sauna.. badan berbekas.... termasuklah ummi and ayahnyer...

panas sungguh waktu tu.. akupun macam dah tak larat nak berenang...berenang? aku berenang? haahaha kirim salam... aku cuma berenang dengan bantuan pelampung cik mairah... setakat rendam kepala lepas naik kepala semula tu bolehlah. cik mairah lagi hebat berenang dari aku... uiksss seram aku... tapi budak lelaki 3 orang tu bukan main ligat lagi main renang2.. siap belajar berenang macam anjing lah... berenang ketepilah...berenang kataklah.. macam2..aku yang naik giler tengok gelagat diaorang.

aku tak lah tangkap gambar sebab akupun pi main air juga.. tak sempat nak snap2..posing2 macam model majalah mangga... sorry tak ada gambar... juru kamera pun terjun gak dalam itu air...

next time aku nak jelajah tempat lain pulak... mesti banyak lagi tempat best2..

24 February 2011

Dikau Pergi Jua

Hari ni masuk hari yang ke lapan makwe meninggal... makwe tu nenek perempuan kepada suami aku.. diaorg belah sana panggil makwe.. makwe meninggal pada 16/2/2011 (rabu) pukul 5.30 pagi sebab kanser dalam hidung.. nasiblah masa raya cina hari tu kitaorg cuti balik kampung sempat menjengah dia.. makwe pun cakap nak jumpa sangat dengan mairah, jadi aku bawaklah mairah jumpa dengan makwe.. masa tu dia taklah teruk sangat...just bengkak kat hidung dan mata macam orang kena sengat tebuan tu.. kesian tengok dia...

"bulan tiga ni makwe nak pi umrah dengan paman aziz.. macam tak sempat je makwe nak pergi"
aku sebak bila makwe cakap macam tu..
"insyaallah makwe dapat pergi, kita doa banyak2"
en. suami cuba bagi semangat kat nenek yang pernah menjaga dia masa sekolah dulu.

selang seminggu aku balik dari kampung hati dan perasaan aku tak tenang, rasa sedih tapi tak tahu nak menangis kenapa.. mata belah kanan sentiasa berdenyut2... 

16/2/2011 5.30 pagi

mairah mengamuk masa tidur.. kenan salah kekiripun salah...tiba2 telefon berbunyi..terpampang panggilan dari kampung. hati aku dah tak tenteram macam tau je apa yang akan berlaku..

"Kak ella...makwe dah tak ada..makwe dah meninggal pukul 5.15 pagi tadi kat hospital"
"Astagfirullah alazim... Ya Allah... iyelah nanti akak bagi tahu Abg Wan dgn Abg Gg k..terima kasih AM"

en. suami yang baru keluar bilik air memandang aku dah..

"Yang... makwe dah meninggal baru tadi"
"Aaaaaaaaa... dah meninggal.. inalilah wainalilahirojiun...mmmmmmmmmm" muka terus berubah....

semua bersiap2 nak gerak balik kg pagi tu, kalau boleh nak sampai sebelum makwe dikebumikan.. en. suami pecut kereta dah macam formula 1, aku gasak istigfar je...nak marah tak patut pulak orang tengah bersedih.. jadi aku lantok kan aje...pejam mata terus tidur sampai kg pukul sebelas... gerak dari rumah pukul 7.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi. 

masing2 lari serebu rumah, orang dah ramai, aku masuk semua orang tengok aku dgn mairah... air mata dah berjurai2 keluar...sampai kat ruang tamu utama terlihat sesusuk tubuh sedang dipakaikan kain kapan... nasib mairah tak takut.

"kepada semua anak2, cucu2 dan kawan2 arwah bolehlah menatap wajah arwah untuk kali terakhir."

bila dia selak kain kapan di muka makwe aku nampak wajah makwe bersih, bengkak kat muka dia dah hilang.. makwe macam orang tengah tidur... ya allah... besarnya kuasa kau.. aku cuma makwe , lepas tu aku suruh mairah pulak cium... mairah cium tanpa rasa takut malahan dia nak tengok lagi muka makwe..

akhirnya makwe selamat dikebumikan disebelah kubur Embah lelaki dan anak perempuannyer yang meninggal sebab kanser payu dara...

makwe semoga dikau tergolak dikalangan orang2 yang beriman serta soleha.. amin

Al-Fatihah