umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

23 March 2011

Alhamdullilah...

Alhamdullilah... syukur pada Allah SWT sebab kakak and abg ipar aku dah sampai di KLIA dari mengerjakan ibadah umrah selama seminggu lebih... happy je tengok muka mereka berdua.. syukur sangat mereka dapat menjejakkan kaki ke situ... betapa seronoknya melihat kakak aku bercerita tentang keindahan serta pengalaman2 sewaktu disana... walaupun muka masing2 keletihan tapi bercerita tak berhenti2...banyak iktibar untuk aku renungkan dan hayati bersama dari cerita2 mereka.. ada yang menganggap umrah ni just pergi jalan2 bershopping2 tanpa mengejarkan benda yang hakiki iaitu perbanyakkan membuat amal ibadah di tanah suci....


syukur juga kakak and abg ipar aku dapat melakukan ibadah umrah mereka dengan sempurna... bila pula giliran aku dan en. suami dapat menjejaki kaki ke sana untuk melihat sendiri rumah Allah SWT... semoga ada rezeki yang terbaik untuk aku kesana..


balik dari KLIA, singgah jap kedai makan.. baca doa kesyukuran sikit sebab mereka selamat pulang.. tengah makan pun bercerita lagi tentang keseronokkan di tanah suci tu.. aku jadi happy sangat dengar cerita2 mereka.. tak puas dengar cerita mereka...rasa tak sabor nak kumpul duit banyak2 pergi umrah, kalau ada rezeki lebih boleh pergi haji pulak amin.... harap Allah permudahkan juga impian dan harapan aku ni.. 

18 March 2011

'berkhidmat for TW'

'berkhidmat for TW' itulah selogan kami tatakala dikerah untuk hadir ke opis sabtu and ahad... perghhhh rasa nak tercabut pinggang tatakala menatap helaian surat dan kulit2 fail yang harus dilupus... maka gadis2 jelita bertemankan abang macho iaitu CC kami hadir dengan jayanyer memberi khidmat yang cemerlang untuk TW menyelesaikan masalah fail...


al kisah.. setelah penat mengkaji dan menyelidik fail maka gadis jelita ni bertaburan tertidur kerana kepenatan.. mmmmm... kesian kami... isk..isk..
 sampai pengsan nanad mengangkat fail... pengsan sebab fail ke pengsan sebab bau kentut.. huhuhu

 dalam kotak2 ni ada hadiah cabutan bertuah... hadiah nyer ialah fail2 

 ewah... puan rozilah siap joget zapin nak serahkan fail pada nanad.. maka nanad pun tunjukkan bakat menyambut fail dengan gaya dikir barat...chakpong..chakpong..

 tengah sibuk2 tulis senarai je tetiba ada bidadari dari kayangan datang memberi sokongan moral.. aku apa lagi conteng muka dia buat tahi lalat kat bawah dagu.. mak dia tak nampak tak pe..hehehe

 penat duduk lantai kitaorang duduk atas meja lak.. nasib siling tu tinggi kalau tak dah lama aku duduk atas siling.. stress punya pasal..
aku: pakkal semua ni harta kerajaan ikutkan hati teman, teman nak bakor je fail2 ni..
nanad: buat gapo kita bakor fail2 ni.. kan lebih afdol kita bakor je opis ni.. 

 kak zila: dok sah gaduh2 kita tak payah bakor minatang ni, apa kata kita berenti je kerja..kita jadi pelakon pulak untuk watak hantu kak limah siri 2..tak gitu semua..
aku&nanad: nampak sangat menipu... 

 ini lagi hebat ni... mencemar duli tu... siap duduk kerusi bos.. 
buat kerja ke.. tulis surat cinta kat abang... gaya macam orang kerja kat bank.. penuh dengan buku2 hutang... ada gayalah kak..

 tangan budak meroyan sebab mata dah separa juling tengok fail..sabar dik..sabar..
uishhh... ada kasut cinderalela lagi tu.. siapa yang empunya..

ni anak tokey yang tomey... datang melawat kami dan menyampaikan maklumat kalau2 ada yang curi tulang.. tapi rasanyer mak dia yang banyak curi tulang kehkehkeh

My Dear Sister

12/3/2011 (sabtu) berangkatlah kakak and abang ipar aku untuk pergi umrah...ikutkan flight diaorang pukul 9.00 pagi jadi sempatlah aku nak ke opis sebab ada OT..tapi entah kenapa flight diaorang kena tunda pukul 3 petang pulak.. masa hantar ke KLIA tu taklah rasa nak menangis sangat ialah sebab dia pergi umrah untuk buat amal ibadah... tetiba aku rasa nak menangis pulak bila tengok mata kakak aku dah bergenang2 air mato nyer.... lagi sebak bila abg ipar aku suruh balik tak payah tunggu dia, sebab dia tak nak menyusahkan aku tunggu dia...


'ella boleh lah balik...tak payah tunggu abg dengan kak ayah... nanti pandailah abang nak tunggu kat mana... lagipun group2 yang pergi sama dengan abg tu tak sampai lagi... flight pukul 3 petang.. ni baru pukul 11.30 pg.. ella balik lah dulu ye....'


dah sebak hati ni bila kena balik...wawawa..... kebetulan hari tu juga aku ada OT dengan kengkawan kat opis... tak sedap pulak kalau tak pergi opis buat OT sama2..dan tak sedap pulak hati ni nak balik dulu dari menunggu kakak aku sampai petang..


'ella baliklah... akak tak kisah pun... nanti balik umrah je ella terus amik akak kat KLIA... tak payah tunggu ye..'


 automatik air mata aku jatuh gak.tapi aku control lah malu kalau abang ipor aku nampak...biasalah aku ni kan 'neng yatimah'  akhirnya aku mengalah gak untuk balik bila abang and kakak aku dah suruh balik...mmmm hati ni terasa rindu sangat kat mereka berdua... aku berdoa semoga perjalanan dan amal ibadah yang mereka lakukan sentiasa dipermudahkan dan diberkati allah s.w.t..
 inilah abang iparku and kakak ku yang tercintan..

 posing dulu..buat kenangan..

 entahlah cik mairah ni...aku ajak bergambor dia sibuk menolak troli beg... nasib ada pak de mengawal sikap anak dara aku ni..

semoga kalian dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna.
doakan adikmu ini sentiasa dirahmati allah, dimurahkan rezeki yang baik2, 
sentiasa hidup bahagia disamping keluarga yang tercinta
amin...

17 March 2011

pemalas aku ni

kalau balik kerja je mesti kepala otak jem bukan sebab apa pun.. sebab memikir nak masak apa... aku bosan gak asik makan masakan aku je.. teringin gak kalau2 chef wan tu datang rumah masakan untuk aku sekeluarga... itupun kalau heheeeee...nak masak best2 aku ni bukan lah kategori wanita hebat masak... aku ni gred 'F' bab masak memasak ni... masak ikut suka hati je.. sedap tak sedap aku paksa juga en.suami and adik ipar aku tu makan... nak komplin pun dalam hati je tau..jangan luah kat mulut nanti ada yang makan plastik sampah kang heheheeeee...

bila dah malas, otak tak ada modal untuk fikir menu maka aku menyuarakan hasrat pada en.suami beli burger je untuk kita ber empat..

'yang beli burger je ari ni boleh... ummi malas nak masak...'
'ok..boleh je'
dalam hati berbunge2 gembira... yeh..yeh... aku makin pemalas..
mamai...ummi malas masak..ada faham!.. makan je burger ni.. kita gemuk sama-sama k.. huhuhu

tak pe ummi...tak pe... ummi malas masak kami tetap sayang ummi... nanti mamai dah besar mamai teman ummi pergi kedai burger ye kalau malas masak


burger gerai lebih sendap dari burger Mcdonald

Cecite-cecite...lagi..

semalam... sedang aku syok2 mentelaah baca buku datang si cik mairah membawa CD Hantu Kak Limah Balik Rumah..pandang aku macam nak telan, rupa2 nyer ada makna pada pandangan tajam cik mairah tu..agaknyer dia mikir macam mana nak mulakan cakap dengan ummi suruh bukak CD kesayangan dia tu..
'mi... butak lah antu mah...'
'ish...asik hantu kak limah je mamai... suruhlah ayah ummi malas'
'alah....' menjeling bagai nak terjuling biji mata..terus berlari mencari si ayah
'ayah... antu mah..' sambil tunjuk CD pada si ayah
'ok... mamai baring nanti ayah bukak..'
'yeh.yeh..yeh..antu mah...antu mah...ummi..ayah butak antu mah..pak de ayah butak antu mah...jom lah...nengok antu mah..'
habis satu rumah dia panggil suruh tengok HKBR tu... semangat benor nak nengoknyer... kalau ikutkan hati mau je aku bakor kan CD tu.. pakkal harta ayah...dah keberapa kali menontonyer... sampai akupun dah hafal skrip... baik aku je yg berlakon jadi hantu tu... cik mairah pulak suka mengajuk dialog orang2 dalam cerita ni... siap buat gaya..lebih hebat dari ayah and pak de...
what everlah cik mairah asal dikau duduk diam dan mentelaah HKBR tu..ummi dah muntah keluar pizza tengok cerita tu...


cerita pun bermula...maka peserta pertama ialah cik mairah

 betapa seronok nyer dia... 'antu mah' telah menjelma

kusyuk menghayati jalan cerita... bukan faham pun cik mairah ooiiii..


 kerana penangan koranglah anak dara aku terlebih2 meminati..

suspen..tengok 'antu mah' kejor abi hurairah kat kawasan kubur...
siap pegang dada terkejut tu...

penat duduk berdiri pulak lebih jelas dan nyata menghayati dialog

tercapai kepuasan menonton cerita yang entah berapa kali dibukak...

08 March 2011

warkah berlagu untuk hubby



yang... ummi tahu sepemergian ummi pergi kursus ni gerenti ayah bukak ummi punya blog... so ummi nak bagi sepatah dua kata sepemergian ummi ke kursus..

ummi pergi tak lama pun yang... just 3 hari 2 malam jer... maka hendaklah ayah dan gg rajin2 bergilir menjaga cik mairah.. maka berbanyakkanlah bersabar dengan kerenah anak dara kamu tu yang loyar buruk dia semakin menjadi2 sejak2 akhir ni... jangan pulak cik mairah yang menjaga ayah... dan jangan pulak pabila ummi balik dari kursus ayah dah macam hantu kak limah duduk tepi tingkap... dan si gg dah macam usop naik 'wilchar' so kalau ayah nak pikat cik mairah tu senang saja...

* pukul 5.00 petang time dia tengok mickey mouse
*pukul 7.00 mlm time dia tengok mr bean
*pukul 7.30 mlm time dia tengok wordworl

kalau ayah amik dia lambat dan dia tunjuk perasaan maka ayah cepat2 lah cari idea pujuk cik mairah k! agak2 dia mengamuk juga ayah bukak jelah CD kak limah balik rumah tu... tengoklah berapa kalipun sampai muntah2 hijau.. jaga hati lah katakan...

jangan tidur sebelum cik mairah tidur ye ayah... tak pasal2 kena bebel dengan cik mairah... jangan terkejut pulak kalau2 bangun tidur muka berbekas tapak kaki mairah..jangan marah ye ayah... sementara ayah tak busy macam menteri lah ummi boleh pi kursus..nanti kalau ayah dah busy macam adun kg. pisang.. maka ummi tak ada harapanlah nak pi kursus... heheeeee...

adios....

07 March 2011

hAtI inI MAKin SaYU

mmm kenapa hati aku sentiasa gundah gulana? memikirkan apa akan jadi pada diri aku untuk hari2 yang mendatang... segala impian dah keinginan aku masih lagi tak tercapai2, sedih,kecewa,patah hati dah menjadi lumrah aku untuk tempuhinya... nak diluah tapi tak tahu bagaimana... perasaan cemburu dan rendah diri sentiasa difikiran... orang sekeliling tak akan faham warna2 yang bermain dalam fikiran dan hati aku.. sedih,sedih dan sedih..

huh... berat sungguh fikiran ini memikirkan aku masih di takuk yang lama... amat payah dan mustahil untuk aku berganjak ke arah yang lebih baik.. aku dah cuba tapi gagal... aku cuba lagi tapi gagal jua... rasa macam hati ni dirobek2 dengan pisau gillet je..

mungkin Allah merancang yang lebih baik untuk aku... aku mesti tanamkan dalam diri sifat positif aku.. mugkin semua impian aku itu bukan rezeki aku.. redo ella..redo...

02 March 2011

boleh tak kalau aku nak maki kau?

satu hari aku nak pergi beli sarapan.. tetiba terserempak pulak dengan pegawai ni..

"dah ada belum? perut tak naik2 lagi tu... anak dah berapa tahun...tak kan tak ada adik lagi?" sambil ketawa. Apa kau fikir soalan bodoh kau tu lawak sangat ke? sehingga boleh menyebabkan hantu kak limah tu ketawa terbahak2... kang aku suruh hantu kak limah tu rogol kau baru tahu.
"belum lagi... dah buat tapi tak menjadi2... benih mati kat tengah jalan" aku geram aku jawablah cara kurang ajor
"tak pandai buat kot"

hoi!.. apa masalah kau kalau aku mengandung atau tak.. ko tu laki aku ke? sugar daddy aku ke? kekasih gelap aku ke? aku dah merancang yang terbaik untuk aku tapi kalau Allah kata belum rezeki aku nak buat macam mana... dah lah ko tu setiap kali jumpa aku tanya soalan yang sama... sekali dua tu bolehlah tapi kalau dah kerap kali... rasa kaki dengan tangan aku ni nak hinggap kat kepala kau je.. dah lah kau cakap macam nak suruh satu kedai tu dengor suara kau...

fuh... sabor ajelah... eh..mana boleh sabar..geram...marah..malu...

aku ni bukan tak nak anak.. aku dah cuba sedaya upaya nak bior ada adik untuk cik mairah tu... tak payahlah nak tanya bila aku nak tambah anak...nanti kalau aku mengandung aku panggil wartawan TV3,TV1,Radio IKIM, Hot FM, Erra buat pengumuman aku ni dah pregnant... lepas tu aku nak buat dokumentari pasal aku pregnant sebab kan ramai orang sibuk cakap aku tak pandai buatlah, memang susah nak dapat anaklah... nanti aku ciptalah satu dokumentari untuk aku sendiri biar orang yang terlalu busy body hal aku tu puas hati nanti... tak payah sibuk hal aku boleh tak... aku rimaslah..
manusia ni kenapalah busy body sangat... pelik tapi benar..suka tanya soalan2 yang mengganggu sensitifviti kaum sendiri...

masa bujang :
'kau ni bila nak kawin? umur dah masuk berapa tapi tak kawin-kawin lagi.'
'kawan ko dah kawin, ko bila lagi?'

masa kawin:
'eh! cepatnyer kawin... kena tangkap basah ke kering?'
'dah kawin berapa lama? tak ada anak lagi ke?
'bilalah kau ni nak ada anak?'

bila dah ada anak:
'bila nak tambah anak?'
'uiksss...anak ko ke ni? ramai nyer...macam pasukan bola sepak'
'ko ni mengandung lagi...anak baru nak pandai jalan...tak nyabor nak ngandung'

aku memang tengah hot and spicy so jangan tanya aku soalan2 yang aku tak suka. the end..

~My Birthday~

selamat hari lahir zalila..heheee.. tak sangka aku dah masuk 27 tahun... fasa nak berkedut kulit... mmmm alhamdulilah allah memberikan aku peluang lagi untuk meneruskan kehidupan ini...alhamdulilah..terima kasih Ya Allah... rasa sedih dan gembira bila saat diri ini masuk ke alaf 27 tahun..chewah..sastera aku ni..

hadiah istimewa?
mestilah doa-doa dari orang yang aku sayangi..dari en. suami, family dan juga kawan-kawan... rasa gembira bila dengar ucapan 'selamat hari jadi ummi' 'selamat hari jadi kak ella' 'selamat hari jadi zalila' 'happy birthday ella' 'selamat hari selasa ella' 'selamat hari jadi tipah' macam2 lah ucapan yang teramat2 aku hargai dengan ucapan terima kasih.

azam aku?
mestilah aku nak buat yang lebih baik dari sekarang, nak tambahkan adik2 untuk cik mairah, nak buat suami lebih sayangkan aku, nak jadi menantu yang baik dan dihargai, nak jadi anak yang baik pada mak dan bapak aku dan yang paling penting nak jadi isteri dan ummi yang penyabor dan sempoi pada en. suami dan anak dara aku tu..

aku harap segala impian aku akan terlaksana, akupun berdoa juga semoga semua orang2 yang aku sayangi bertambah sihat, ceria dan sentiasa diberkati Allah S.W.T...
kepada en.suami maaf jika selama ini aku tidak dapat menjadi isteri yang terbaik,menarik,tertarik aku memang the boom!