umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

02 March 2011

boleh tak kalau aku nak maki kau?

satu hari aku nak pergi beli sarapan.. tetiba terserempak pulak dengan pegawai ni..

"dah ada belum? perut tak naik2 lagi tu... anak dah berapa tahun...tak kan tak ada adik lagi?" sambil ketawa. Apa kau fikir soalan bodoh kau tu lawak sangat ke? sehingga boleh menyebabkan hantu kak limah tu ketawa terbahak2... kang aku suruh hantu kak limah tu rogol kau baru tahu.
"belum lagi... dah buat tapi tak menjadi2... benih mati kat tengah jalan" aku geram aku jawablah cara kurang ajor
"tak pandai buat kot"

hoi!.. apa masalah kau kalau aku mengandung atau tak.. ko tu laki aku ke? sugar daddy aku ke? kekasih gelap aku ke? aku dah merancang yang terbaik untuk aku tapi kalau Allah kata belum rezeki aku nak buat macam mana... dah lah ko tu setiap kali jumpa aku tanya soalan yang sama... sekali dua tu bolehlah tapi kalau dah kerap kali... rasa kaki dengan tangan aku ni nak hinggap kat kepala kau je.. dah lah kau cakap macam nak suruh satu kedai tu dengor suara kau...

fuh... sabor ajelah... eh..mana boleh sabar..geram...marah..malu...

aku ni bukan tak nak anak.. aku dah cuba sedaya upaya nak bior ada adik untuk cik mairah tu... tak payahlah nak tanya bila aku nak tambah anak...nanti kalau aku mengandung aku panggil wartawan TV3,TV1,Radio IKIM, Hot FM, Erra buat pengumuman aku ni dah pregnant... lepas tu aku nak buat dokumentari pasal aku pregnant sebab kan ramai orang sibuk cakap aku tak pandai buatlah, memang susah nak dapat anaklah... nanti aku ciptalah satu dokumentari untuk aku sendiri biar orang yang terlalu busy body hal aku tu puas hati nanti... tak payah sibuk hal aku boleh tak... aku rimaslah..
manusia ni kenapalah busy body sangat... pelik tapi benar..suka tanya soalan2 yang mengganggu sensitifviti kaum sendiri...

masa bujang :
'kau ni bila nak kawin? umur dah masuk berapa tapi tak kawin-kawin lagi.'
'kawan ko dah kawin, ko bila lagi?'

masa kawin:
'eh! cepatnyer kawin... kena tangkap basah ke kering?'
'dah kawin berapa lama? tak ada anak lagi ke?
'bilalah kau ni nak ada anak?'

bila dah ada anak:
'bila nak tambah anak?'
'uiksss...anak ko ke ni? ramai nyer...macam pasukan bola sepak'
'ko ni mengandung lagi...anak baru nak pandai jalan...tak nyabor nak ngandung'

aku memang tengah hot and spicy so jangan tanya aku soalan2 yang aku tak suka. the end..

3 comments:

SuTeRa said...

tu memang soalan femes yang orang selalu tanya kat pompuan kak....
sy pun selalu kena..mentang2 saya dah keje sumr suh kawen...diorang ni x sedar kot yang saya ni muda lagi...masa pun xpandai nk jaga suami lagi la xpandai..jaga anak ikian pun bole mati ni kan jaga manusia....huhuhu

stokinbusuk said...

tulah pasal dik... nasib anak ikan kalau anak kerbau boleh buat rendang.... heheee... nasib kita dik sebagai perempuan huuuu

SuTeRa said...

tula kak seb bek kita pompuan yg comel2 kan..hehehe