umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

02 March 2011

~My Birthday~

selamat hari lahir zalila..heheee.. tak sangka aku dah masuk 27 tahun... fasa nak berkedut kulit... mmmm alhamdulilah allah memberikan aku peluang lagi untuk meneruskan kehidupan ini...alhamdulilah..terima kasih Ya Allah... rasa sedih dan gembira bila saat diri ini masuk ke alaf 27 tahun..chewah..sastera aku ni..

hadiah istimewa?
mestilah doa-doa dari orang yang aku sayangi..dari en. suami, family dan juga kawan-kawan... rasa gembira bila dengar ucapan 'selamat hari jadi ummi' 'selamat hari jadi kak ella' 'selamat hari jadi zalila' 'happy birthday ella' 'selamat hari selasa ella' 'selamat hari jadi tipah' macam2 lah ucapan yang teramat2 aku hargai dengan ucapan terima kasih.

azam aku?
mestilah aku nak buat yang lebih baik dari sekarang, nak tambahkan adik2 untuk cik mairah, nak buat suami lebih sayangkan aku, nak jadi menantu yang baik dan dihargai, nak jadi anak yang baik pada mak dan bapak aku dan yang paling penting nak jadi isteri dan ummi yang penyabor dan sempoi pada en. suami dan anak dara aku tu..

aku harap segala impian aku akan terlaksana, akupun berdoa juga semoga semua orang2 yang aku sayangi bertambah sihat, ceria dan sentiasa diberkati Allah S.W.T...
kepada en.suami maaf jika selama ini aku tidak dapat menjadi isteri yang terbaik,menarik,tertarik aku memang the boom!

No comments: