umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

13 June 2011

Sian mak aku...

beginilah rupa mak aku yang dibuang selaput mata belah kiri... sian dia... dah terpaksa bertopeng ... tak sampai hati nak tengok muka ni masa ni... bulan 6 or 7 maybe kena buat sebelah kanan pulak... sebab mata dia dah tak berapa nak nampak sangat... sian mak... beginilah nasib aku bila duduk jauh2 dengan family..hati sentiasa gusar tentang kesihatan mak bapak aku... sentiasa rindu nak balik nak jaga... tapi haritu mak tak kasi aku cuti sebab kakak aku dah jaga... mak aku kesiankan aku sebab nanti raya tak dapat cuti lama... nasiblah adik beradik aku semua duduk JB kecuali aku je yang tercampak kat KL ni. Boleh diaorang jaga mak... tengok2kan mak.... hope mak cepat sembuh itu sahaja doa aku setiap masa... 

Ketam 3 Rasa

Ketam 3 rasa ni permintaan en. suami... maka isteri yang tak berapa nak pandai memasak nipun usaha dengan gigihnyer untuk menyediakan hidangan yang diminta oleh en.suami.. kalau dia makan tak berbunyi tu maka sendaplah masakan aku tu...wikiwiki... atau takut nak komen sebab takut aku mogok ke dapur... tak ada makna nak mogok2 ke dapur ni... ada masa2 tertentu je aku malas masak... heee ketika hari selasa jer sebab hari tu taman aku ada pasar malam...
ok back to my resepi ketam 3 rasa ni k.. tapi aku ni tak kreatiflah nak menghias makanan ni...


Bahan2 nyer:
4 ekor ketam aku kerat 2 maka jadilah 8.. 
6 helai lada kering
1 biji bawang besar {dikisar
3 biji bawang putih {dikisar
3 biji bawang kecil {dikisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
1 kiub pati ayam knorr 
air sedikit
gula sedikit
garam
minyak


barang2 hiasan:
limau sunquik potong dadu
timun potong dadu
lobak potong ikut suka
bawang besar potong dadu

Kambing Panggang Ala2 Satay..

minggu aku buat kambing panggang atas permintaan suami tercinta... aku ni sebenor2nyer palinggggggggggg alergik dengan kambing, apatah lagi nak makan binatang tersebut, bau nyer pun dah membuatkan aku nak pitam.. tapi oleh kerana kambing itu jugaklah makanan kegemaran en. suami , binatang yang paling dia gemar makan maka aku dengan rendah diri merangkak kedapur menyediakan makanan kegemaran en. suami aku tu..
ialah.. takkanlah disebabkan aku yang tak suka makan kambing aku tak nak masak pulak... demi en.suami aku gagahkan hidung dan tekak menghidu bau kambing tersebut tatakala aku memanggangnyer...
hei... jangan tak tahu sewaktu memanggang tupun aku dah tutup hidung pakai kain...bukak tingkap luas2, makan panadol, sapu minyak cap kapak... perghhh betapa wangi bebenor kambing tu...  nak aje aku basuh pakai sabun..biar wangi sikit... tak baik menginaya suami...wikiwiki...

oklah... kat sini aku nak kongsi resepi rekaan kambing panggang ala2 satay aku ni kat korang..

aku beli daging kambing yang memang telah dibelah nipis... korang boleh dapatkan dia kat kedai yang memang menjual produk berjenama 'ramly ' kat cheras...

beginilah rupanyer daging yang aku beli kat kedai 'Ramly'
dah siap dipotong nipis2.. sesuai untuk buat BBQ
1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
tumbuk semua k... aku tak suka blender sebab tak naik bau nyer... 
kalau kita tumbuk.. bau rempah ni naik..
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
halia sedikit
2 batang serai
1 helai daun pandan
blender jangan letak air banyak k.
daging yang telah diperap dengan bahan2 di atas, letak garam, gula dan gula melaka 
 seelok2nyer perap lama sikit nanti rasa dia sebati
aku panggang atas kuali leper ni ajer... cepat masak gak..
yang ni untuk membuat kuahnyer... aku gunakan 'Instant Chicken Gravy Mix' jenama knorr 
ini memang untuk membuat kuah BBQ
panaskan 5 cawan air dalam periuk
2 cwn Instant Chicken Gravy Mix
2 senduk susu cair
tumbukkan lada hitam sedikit untuk rasa pedas... 
ada orang gunakan lada merah serbuk..tapi aku tak suka.. so aku ubah gunakan lada hitam jer...
2 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah dia...
taraaa........ nilah kambing panggang ala2 satay yang aku cipta khas untuk en.suami
makan dengan mayonis pun sendap...

03 June 2011

Penat woooooo

lepas balik dari family day tu... esok nyer (isnin) aku kena pi Kursus kat Pangkor, Perak... penat family day tak hilang lagi, muka berbelangpun tak pudar2 lagi..kena pulak pi Teluk Dalam Resort...memang berteluk aku dibuatnyer... biasalah kat pulaukan panas... makin bertambah2 gelap kulit aku... lupa nak bawak kelorok... mak aku dulu cakap kalau nak putihkan kulit pakai je kelorok peluntur baju tu.. gerenti kulit putih... 
biasalah..pi kursus ni aku gasak mengantuk je, apa yang penceramah cakap semua aku setuju je..iyelah kepala asik terhangguk2 je... bila buat latihan gelabah tak tahu apa2... heeee nasib group aku orang senior jadi aku cuma dengar je... Kursus selama 4 hari tu fikiran melayang2 terkenang kat hamba allah yang dua orang di rumah tu:
#
#
#
#
#
#
#
#
sape lagi kalau bukan pujaan hati ni..

tapi sedih ner bila en. suami cakap cik mairah tak rindu kat aku langsung, tak tanya akupun masa tidur... aku callpun dia siap gelak2 tak peduli kat aku... sebak hati ni.. what everlah cik mairah... nak story banyakpun tak guna pasal aku pi pangkor ni...bukan apa..cuma pi kursus jerpun tak pi berjalan2pun.. nak tangkap gambar lawa2 tapi handphone tak canggih beb... dapatlah gambor yg hodoh2 ni.. wikiki

sampai jeti sudah... yang baju putih tu bukan aku... entah kenapa aku terambik gambar dia ..
jeti tunggu feri nak pi pulau..oooooooooooo
van yang membawa kami ke rumah penginapan...
pergh... ketibaan disambut dengan nyanyian ala2 mexico
jeti menuju ke rumah penginapan
kelas bermula dah... masuk kelas je mata aku jadi berat... abis kelas je aku jadi sihat pulak..pelik..pelik
buku noktah yang PSM sediakan..
nota yang pertama dan terakhir aku catitkan dalam buku ini sebab...
*
*
*
*
*
*:)
aku nak conteng2 benda lain pulak..
aku lukis piala
aku lukis ikon jangan buang sampah merata2
lebuhraya PLUS
dan juga gambor entah sape2 aku buat..

so aku dah malas nak pi kursus, MALAS

Fuhh!!!!

dah lama aku tak menjenguk blog aku ni, dah beranak pinak lipas dan labah2 buat rumah dekat blog aku ni mmmm nampak kan betapa MALAS nyer aku.... tak tahu nak tulis apa... tengok kengkawan semua rajin meggodam blog masing2... tahniah diucapkan...
biasalah otak tak berapa nak berfungsi memerah idea.. tapi niat dihati nak berkongsi cerita tu sentiasa ada... ada sape2 nak keja part time up date blog aku? heeee jangan haraplah... blogpun macam carca marba... baru-baru ni Ofis aku buat Family Day @ RISTEC (Pusat Latihan Risda di PD) persoalannyer best ke? of courselah best... jumpa semua ahli keluarga kawan2... sporting2 semua... enjoy tengok diaorang ketawa2... aku biasalah haruslah membawa 2 ahli tentera aku ni...


bila tengok cik mairah berlari2 kat tengah padang rasa macam pergi hari sukan sekolah dia pulak... heeee... padahal itulah kali pertama dia bersukan selain bekerjar2an di seluruh pelusuk rumah... jangan marah k..hanya cik mairah dan cik dafina (anak pn. mimi je yang mewakili kanak2) dua orang nijelah heroin kanak2... tapi cik dafina pancit pertengahan jalan sebab tak berapa nak sihat...sian dia... maka cik mairahlah wakil segala2nyer... dah sorang je peserta maka sentiasa dapat no 3 dari 3 kumpulan heeeee....... cayok mairah! cayok dafina!


ini bukan pendekar ok... this my girl..go green go..go my girl go!

dafina dah letih..tak larat nak berlari dengan penuh semangat...

melihat telatah masing2 beri penerangan pada kanak memang mencuit hati... apa2pun aku enjoy family day ni.. malas nak cerita banyak sebab aku malas nak menaip so kita layan je gambar2 yang seronok2 ni...

amik hadiah bagi kategori kanak2..bestnyer dapat coklat... ini coklat ummi and ayah yang punya..
ni jamuan makan malam
ini adalah kumpulan aku... Hidup HIJAU!!!
Acara lari2 ikat kaki suami isteri...
si kecik comey yang peramah... farisya auuuucak!
gambar ni aku saje terbalikkan... macam drama melayu... 'ibu ampunkan daku'... 
fatin..pelakon terhebat
we are family...
tekun mendengar arahan... 
iyah...tu dia... angat tangan...angkat kaki...angkat perut...heee
fatin: mummy jom kita menari2 sambil goyang macam inul lepas tu tepuk2 tangan...mesti best..
mummy zila: malulah fatin... kita tengah posing ni nak masuk majalah club fanatik..suruh je babah
babah suadi: boleh bah kalo ko mummy..
Ummi Eila: Manalah saya tahu ikat tali leher kat kepala ni ayah nyer... kuning pulak tu, rabun mata ni..
Ayah Hamdi: itu kan reben ummi nyer... sian bini aku ni.. makin lama makin tak nampak mata tu.. tak pe jap lagi kita poco2 segarkan mata.
Ayah Saiful Nonan: kenapalah awak pakai tali pinggang kereta ni sampai kat luar ni..malu kita sekeluarga tau
ibu yati: ibu lupa nak bukak...ingat tali pinggang seluar tadi..'i'm sorry'
farisyah: aku ke yang bersalah???
cari ulat gonggok ke 3 gadis jelita di sana... 

majulah sukan untuk dunia