umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

13 June 2011

Kambing Panggang Ala2 Satay..

minggu aku buat kambing panggang atas permintaan suami tercinta... aku ni sebenor2nyer palinggggggggggg alergik dengan kambing, apatah lagi nak makan binatang tersebut, bau nyer pun dah membuatkan aku nak pitam.. tapi oleh kerana kambing itu jugaklah makanan kegemaran en. suami , binatang yang paling dia gemar makan maka aku dengan rendah diri merangkak kedapur menyediakan makanan kegemaran en. suami aku tu..
ialah.. takkanlah disebabkan aku yang tak suka makan kambing aku tak nak masak pulak... demi en.suami aku gagahkan hidung dan tekak menghidu bau kambing tersebut tatakala aku memanggangnyer...
hei... jangan tak tahu sewaktu memanggang tupun aku dah tutup hidung pakai kain...bukak tingkap luas2, makan panadol, sapu minyak cap kapak... perghhh betapa wangi bebenor kambing tu...  nak aje aku basuh pakai sabun..biar wangi sikit... tak baik menginaya suami...wikiwiki...

oklah... kat sini aku nak kongsi resepi rekaan kambing panggang ala2 satay aku ni kat korang..

aku beli daging kambing yang memang telah dibelah nipis... korang boleh dapatkan dia kat kedai yang memang menjual produk berjenama 'ramly ' kat cheras...

beginilah rupanyer daging yang aku beli kat kedai 'Ramly'
dah siap dipotong nipis2.. sesuai untuk buat BBQ
1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar lada hitam
tumbuk semua k... aku tak suka blender sebab tak naik bau nyer... 
kalau kita tumbuk.. bau rempah ni naik..
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
halia sedikit
2 batang serai
1 helai daun pandan
blender jangan letak air banyak k.
daging yang telah diperap dengan bahan2 di atas, letak garam, gula dan gula melaka 
 seelok2nyer perap lama sikit nanti rasa dia sebati
aku panggang atas kuali leper ni ajer... cepat masak gak..
yang ni untuk membuat kuahnyer... aku gunakan 'Instant Chicken Gravy Mix' jenama knorr 
ini memang untuk membuat kuah BBQ
panaskan 5 cawan air dalam periuk
2 cwn Instant Chicken Gravy Mix
2 senduk susu cair
tumbukkan lada hitam sedikit untuk rasa pedas... 
ada orang gunakan lada merah serbuk..tapi aku tak suka.. so aku ubah gunakan lada hitam jer...
2 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah dia...
taraaa........ nilah kambing panggang ala2 satay yang aku cipta khas untuk en.suami
makan dengan mayonis pun sendap...

2 comments:

Yatie Ahmad said...

wah BERANI shaun sheap masak sedara dia sendiri huhu

stokinbusuk said...

demi suami kak... terpaksa korbankan sedara sendiri...