umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

22 November 2011

~My Hubby VS Denggi~

dah lama aku tak update blog aku yg bersawang dah macam menternak binatang peliharaan... blog aku yg sungguh comot dan tak berapa sudi aku nak tengok... nyamukpun dah beranak pinak... 
sebut pasal nyamuk terus fikiran aku terjah ke peristiwa en hubby kena denggi... nak snap muka org kena denggi tak sampai hati pulak aku, muka penuh simpati and kurang kasih sayang jer... sian dia...
                                                        ini gambar time dia sihat walafiat..


En hubby start demam 5/11/2011 and aku mula risau sebab en hubby demam kalini lain macam jer jadi aku nekad ajak dia pi chek dekat klinik putrajaya pada 9/11/2011, bila doktor chek..doktorpun cakap 'awak kena denggi' teperanjat mak nyah... en hubby kena denggi. Bintik-bintik merahpun naik satu badan. Keja amik darah and masuk air je kat klinik putrajaya...sian dia... macam2 aku bagi dia minum... air 100 plus berbotol-botol sampai satu tahap tekak dia jadi sakit sebab minum 100 plus tu.. so akupun cari alternatif lain belendakan timun dibuat jus, buat sup ketam... tapi tak nampak sangat perubahan pada darah dia. 
akupun cuba cara lain..blenderkan buah kiwi buat jus and durian blande... alhamdulilah bacaan HCT and Platlet dia dalam masa dua hari sangat cantik bacaan dia..doktorpun terkejut en. hubby boleh sembuh secepat itu.. dia jangkakan maybe dalam 2 minggu bacaan darah en hubby boleh ok... tapi itu semua kuasa allah, alhamdulilah terima kasih Ya Allah.. tapi aku nak ucapkan terima kasih jugak kat member2 yang bagi petua macam2... especially kak tie si ratu google.. and tak lupa jugak pada cik mairah aku seorang tu yang setiap masa remind en hubby supaya minum air... siap tolong susunkan semua jenis minuman sebelah en hubby siap tuangkan dalam cawan, layanan macam hotel 5 bintang.. good my girl..


jadual bacaan HCT and Platlet dia dalam masa 5 hari:-
09/11/2011 bacaan HCT 43 and Platlet 119
10/11/2011 bacaan HCT 46 and Platlet 105
11/11/2011 bacaan HCT 47 and Platlet 109
12/11/2011 bacaan HCT 44 and Platlet 127  masa ni aku dh start bagi dia minum jus kiwi and durian belande pagi and malam
13/11/2011 bacaan HCT 40 and Platlet 152 hari last chek darah dia...alhamdulilah


buah kiwi

durian belande


bila aku baca kat blog orang yang pernah kena denggi lagi hebat, diapun ada cakap banyakkan minum air jus buah2an... maybe buah kiwi and durian belande tu serasi dengan en hubby... kuasa allahkan...dia ciptakan buah2an tu ada penawar untuk penyakit...alhamdulilah..aku rasa sangat happy bila tengok en hubby dah sihat semula... so siapa2 yang tiba2 kena denggi tu banyak2kanlah minum air and jus buah2an k. Pada kawan2ku jaga diri baik2 k... 


Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan seldarah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space lossdi antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

[sunting]Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinanleukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

[sunting]Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.