umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

13 January 2012

Sudah Masuk Tahun 2012 ke?

Selamat Tahun Baru Semua... rasanya tak lambat lagi kot nak wish... huhuhu... untuk sekian lamanya baru aku nak update blog aku yg memang tak glamor langsung ni... hish... pemalas nak update blog... tahun baru ni macam2 benda terjadi kat aku...mmmm dugaan sungguh... 
tahun ni juga cik mairah aku dah ke sekolah, tapi biasalah budak manja ni selalu menangis tatakala dihantar kesekolah... hope dia oklah untuk tempoh percubaan sebulan ni... what! sebulan.... anak orang lain seminggu dua dah ok tak menangis pergi sekolah... cik mairah...cik mairah... ummipun tak tahu nak buat apa lagi...dugaan sungguh kamu ni... takpe kita kuatkan semangat walaupun cik mairah menangis juga ummi tetap hantar pergi sekolah... 

dalam pada tu ada juga suara2 yang mengutarakan suara ketidak puas hatian kenapa hantar anak aku ke taska sebab dia masih berumur 3 tahun...


what?.... ni yang aku malas nak jawap..tapi jawapan aku ialah:-

aku nak latih dia berkawan dan belajar sesuatu..aku akui aku memang kadang2 kesian tengok cik mairah tu, dia dengan diri dia je, mana ada kawan kat rumah tu, adik beradik sendiripun tak ada... so pada aku tak salahkan aku hantar dia ke taska, dia boleh berkawan dgn ramai kawan, pandai berkomunikasi, boleh berfikir di luar kotak... aku nak buat yang terbaik untuk anak aku tu...dialah satu2nya anak aku buat masa ni.. entah bila aku boleh mengandung lagi, hope seandainya ada rezeki aku nak tambah zuriat juga... itu semua dgn izin dari ALLAH SWT.. 


sebut pasal mengandung ni...mmmmm setiap masa akan ada insan yang teramat2 perihatin menanyakan bila aku nak ada baby lagi... so jawapan aku ialah:-


aku dah cuba.. dah jumpa pakar, dah jumpa tukang urut, dah jumpa bomoh, dah jumpa tabib, dah makan macam2 ubat yang pantang ada perkataan "ANDA MAHUKAN ANAK, CUBALAH MAKAN  UBAT dot...dot..dot.. and what ever lagilah..' tapi seandainya allah tak izinkan maka aku hanya menunggu dan berdoa dan mencuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi walaupun akhirnya aku tahu setiap bulan adalah NEGATIF!...hope tahun  2012 ni rezeki aku melimpah ruah...


ada juga soalan2 yang menunding terus jari ke arah aku... kenapa kerja dah 8 tahun masih kerani je... sambunglah belajar...tengok anak si polan dan si polan dan etc... maka jawapan aku ialah:-


tak semua benda aku boleh buat, aku tahu tahap IQ aku setakat mana... dan sambung belajar tu pakai duit bukan pakai bulu! perlu persediaan dari mental dan fizikal, aku susah ada ke orang nak tolong? sekurang2nya aku bekerja jugak tak mengharap pada duit gaji suami je... macam2 aku kena buat... macam2 aku kena utamankan dulu... maybe satu hari nanti aku akan belajar tapi tolong jangan bandingkan aku dgn org lain...setiap org ada keistimewaan sendiri.. kerja sebagai keranipun ok apa... boleh jumpa kawan yg satu kepala tak payah pikir kerja teruk2..huhuhu


setiap manusia tu allah dah tetapkan rezeki mereka, maybe rezeki aku masih jauh dan aku kena juga tempuhi.. bukan mudah nak lalui kehidupan bagi aku yang bernama zalila..

2 comments:

Jilah said...

best pe keje kerani... kerani bukan sebarang kerani... klu takde kerani, pincanglah sesuatu organisasi...

Siti said...

sabar..sabar.. dan sabar.. setiap yang terjadi hanya tuhan je yang lebih tahu.. selain redha kita hanya mampu ikhtiar dan terus ikhtiar.. rezeki masing² xleh nak ckp lebih².. org yg mengata tu biarkan dia mengata..xkena pd dia hari ni esok² kena ke keturunan dia... mudah-mudahan dia insaf...