umairahpun nak gosip jugak

umairahpun nak gosip jugak

salam perkenalan

salam perkenalan

CE KLIK...CE KLIK KAT SINI ADA APA YEK....

10 January 2013

~ Dah 2013 ke? aisyehhhh~

Assalammualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

masih berpenghuni ke blog aku ni? heheeee... sendiri mau ingatlah... sendiri malas nak melembutkan jari jemari ni ada hati blog nak berpenghuni. Sorrylah, malas tu memang sifat azali aku dari dalam perut lagi. rasa rindu lak nak menaip macam2..

apa kabor agaknya kengkawan aku yang jauh nun dimata tu yek tapi dekat di dalam facebook huhuhu... facebook tak sama dengan tengok real.. betul tak.. tak dengar suara, tak boleh mengomel sama2.. argghhh bahawasanya aku amat merindui korang semua. harap lepas bersalin nanti boleh jalan2 pi putrajaya jumpa kome semua..

itu baru mukadimah aku belum nak story apa azam tahun 2013 ni

pejam celik..pejam celik dah masuk tahun baru, tak sangka masa terlalu pantas... bukan apa sebab aku dah masuk 29 tahun, rasa macam tua lah pulak.. patutlah orang suka panggil aku makcik!.. tak pelah terima jelah hakikat tijah oiiiii.. apa azam korang? mesti azam gempak2 kan... aku punya azam je tak berapa nak gempak tahun ni.. tahun ni aku berazam

~ Nak breastfeed fully baby baru nanti..kalau ikutkan tarikh bersalin aku insyaallah 26/1/2013 tapi kalau baby nak keluar awal seminggu aku lagi suka sebab kakak umairah tak sabar nak tengok adik dia...

~ Nak jadi ummi yang rajin, bukan sebelum ni malas cuma kurang rajin je...hehee yelah anak dara saya yang sulong tu dah masuk 5 tahun jarang meragam pagi mintak susu ke apa ke so nanti dah ada baby baru kena rajin2 bangun pagi buat persiapan untuk 2 orang anak...eh... kalau campur ayah dia punya persiapan jadi 3 orang lah kan... mmmm so kena cayok! cayok! bangun pagi ni.. ayah susah bangun bantai je pakai rotan.huh~

~ Nak buat bisness sendiri untuk tambah pendapatan..tapi aku nak buat bisness apa? poyos!

~ Nak kuruskan badan, itu penting heee... walau kena menyusukan baby tapi body nak slim macam anak dara dolu2 kala.

~ Nak bekerja lebih cemerlang dekat opis baru ni, yelah.. aku baru je masuk opis baru 2 bulan pastu dah nak cuti bersalin, takut tak boleh nak faham rentak dan cara kerja kat sini... mencabarlah jugak kerja kat opis baru ni.. tapi aku enjoy je..

~ Nak anak dara aku si Umairah tu lancar mengaji Al-quran... mesti seronok kalau anak pandai membaca Al-quran dengan lancarkan... 

banyak lagi azam dan impian aku yang poyo2 ni...tapi aku tak boleh nak berfikir maklumlah dah lama tak makan kismis pandai. ok lah.. nanti if aku ada masa aku post lagi story2 ye..